Aku Bukan Stalker Part 10

Part 9




"Kau buang tebiat apa pergi sekolah buat rambut belah tengah!!!"

Dan 10 minit dihabiskan dengan Aiman menarik Hilman ke dalam rumah lalu mencuci semula rambut Hilman yang entah berapa botol gel diletakkan . Dia kemudian mengeringkan rambut Hilman sepantas kilat dengan pengering rambut sebelum menarik semula Hilman keluar dari rumah kerana mereka sudah lambat.

"Wait! Rambut aku kenapa kau tak sikat!" 

"Rambut kau tu lembut semacam. Kalah perempuan! Takyah sikat pun takpa"

"T-tapi serabutlah!"

"Biarlah messy sikit. Baru nampak handsome, bukan skema"

__
Hilman berjalan ke kelas dengan riak wajah kelat. Dia tidak gemar dengan keadaan rambut dia sekarang ni semuanya kerana Aiman. Kononnya sahabat sejati dia. Namun Hilman sebenarnya tidak perasan yang ramai mata memandang dia sejak dia berjalan masuk ke sekolah lagi. Semuanya gara-gara style baru yang dibuat oleh Aiman terhadap Hilman.
Hilman duduk di tempat duduknya dan tiba-tiba seorang perempuan rakan sekelasnya datang menyinggah di tempat duduknya.
“Hai Hilman. Handsome hari ni” kata perempuan itu sambil mengerlipkan matanya beberapa kali untuk kelihatan comel. Hilman yang terkejut mendengar pujian itu tersengih sambil menggaru kepala . “Ehehehe thanks. Awak pun comel harini” kata Hilman dengan muka yang sedikit merah. Aiman yang duduk di sebelah menggelengkan kepala sebelum mengalih pandangan ke arah pintu kelas. Dia menjadi kaku apabila melihat seseorang yang dia kenal berdiri di depan pintu itu dengan wajah masam. “Erm..Hilman” panggil Aiman sambil menyiku kawannya yang masih lagi dibuai pujian pelajar perempuan kelas itu. Hilman mengalihkan pandangannya ke arah Aiman “Apa dia?” tanyanya. Aiman menunjuk ke arah pintu kelas menggunakan jarinya dengan wajah cuak. “Err..Mika kat pintu tu” . Serta-merta Hilman memandang ke arah pintu dan terkejut melihat Mika betul-betul berada di hadapan kelas dia. Wow first time dia datang kelas aku! jerit Hilman di dalam hati. Dia kemudian pantas bangun dan berjalan ke arah Mika yang masih lagi berwajah masam .
“Umm.. hai Mika? Awak buat apa kat sini? Cari saya ke?” tanya Hilman sambil tersenyum malu dan menggaru belakang lehernya. Mika mengangguk sahaja lalu menghulur kertas ke arah Hilman. “Buat ni” kata Mika ringkas sebelum berjalan pergi dengan pantas. Hilman mengerutkan dahinya melihat Mika yang tiba-tiba menjadi Extra Cold harini . “Bendera merah ke dia tu?” tanya Hilman seorang diri lalu berjalan duduk di sebelah Aiman dengan mulut muncung. Aiman merapatkan kerusinya dan bertanya “Mika nak apa tadi?” tanya Aiman dengan teruja. Hilman menunjukkan kertas latihan yang diberikan oleh Mika kepada Aiman. “Ni hah..” katanya dengan wajah sedih. Aiman mengerutkan dahinya melihat perangai rakannya. “Aik kau ni, dapat jumpa crush kau pun muka macam kena sembelit kenapa?” tanya Aiman. Hilman memandang ke arah Aiman . “Mika tu semacam je harini . Kenapa dia jadi sombong and tak senyum langsung macam mula-mula aku tegur dia. Kalau tak at least dia ada senyum sikit. Ni tidak, masam je muka. Dia tak suka rambut aku ke?” kata Hilman sambil bermain main dengan rambutnya. Kening Aiman ternaik . “Humm…dia bendera merah kot. Rambut kau okay je aku tengok. Lagipun ramai puji kan” kata Aiman. “Mungkin” kata Hilman .
__
“Banyak lah bendera merah ! Kau tengok dia tengah ketawa dengan Irfan tu!” jerit Hilman sambil menunding jari ke arah Mika dan Irfan yang  sedang  makan bersama-sama. Aiman yang mendengar  jeritan Hilman  dengan pantas menumbuk bahu Hilman dengan kuat. “Woi ! Perlu ke kau jerit benda macam tu kuat2 ?! Lembab!” marah Aiman apabila pelajar sekeliling terutama sekali perempuan mula memandang pelik ke arah mereka.  Aiman kemudian  menarik lengan  kawannya itu kemudian  berjalan  mendekati  pasangan di kantin itu.  Sebelum sampai Aiman berhenti dan memandang ke arah Hilman. “Okay now aku nak kau pergi duduk dekat tempat diorang tu then kau tegur Mika. Mana tahu pagi tadi dia bad  mood sebab mengantuk ke apa. Pergi!” arah Aiman lalu menolak Hilman ke arah meja mereka. Sampai di sana Hilman terus duduk di hadapan Irfan dan Mika sambil tersengih. “Err.. Hi Mika.. Irfan” tegur Hilman sambil melambai kecil . Aiman duduk di meja belakang mereka dan bertentangan dengan Hilman . Mika dengan tiba-tiba sahaja mengangkat buku di atas meja itu lalu di tegakkan  sehingga menutup wajahnya. Irfan  pula sedang  tersenyum  melihat kelakuan Mika sebelum beralih kepada Hilman. 
“Hai man !" tegurnya dengan ceria. Hilman melemparkan jelingan tajam kearahnya. "Hai" jawabnya dengan wajah muram sebelum tiba-tiba berubah menjadi ceria "Mika?" . Mika menurunkan sedikit buku hingga nampak matanya sahaja . "Hai" jawab Mika sebelum menutup semula wajahnya. Hilman memuncungkan mulutnya. Dia kemudian duduk di hadapan Mika. "Cantik rambut" tegur Irfan sambil tersenyum jahat , well jahat bagi Hilman walhal dia cuma tersenyum saja. "Thanks. Mika awak free tak lepas sekolah?" tanya Hilman terus kerana tidak mahu melayan Irfan sambil memandang ke arah Mika-maaf pembetulan- pandang ke arah buku di hadapan Mika. 

Mika menurunkan sedikit bukunya sekali lagi . Untuk beberapa minit matanya melilau seperti sedang berfikir. " Tak. Saya nak keluar dengan Irfan" kata Mika . Hilman membeliakkan matanya dan memandang kearah Irfan yang pada masa yang sama terbeliak memandang kearah Mika. "Eh?" tanya Irfan sambil memandang Mika . Mika mengerutkan dahinya . Mulutnya ditutup oleh buku membuatkan Hilman tidak tahu apa yang dia cakapkan. "Oh yelah. Lupa ! Hehe" kata Irfan dengan tiba-tiba sambil menggaru kepalanya. Hilman menjeling kearah Irfan . "Okay.. tapi esok boleh kan? Please?" kata Hilman sambil membuat muka sedih. Mika memandang wajah Hilman lama dan kelihatan Irfan ditepi cuba menahan ketawa . "O..okay" jawab Mika dengan perlahan. 

"Yes ! Thanks. Okay lah saya pergi dulu ya" kata Hilman sambil mengenyitkan mata ke arah Mika dan kemudian menjeling kearah Irfan. Dia kemudian pergi berjalan ke kelas sambil di ekori oleh Aiman."So macam mana? " tanya Aiman sambil berjalan di sebelah Hilman. Hilman tiba-tiba berhenti dan memandang wajah Aiman dengan wajah pucat. "Apahal kau?" tanya Aiman dengan wajah yang berkerut. 

"Esok aku ada date.." kata Hilman dengan muka panik dan pucat sebelum menarik kolar baju Aiman dengan . "Date ! Date dengan Mika!" katanya sambil menggoncang badan Aiman. Aiman yang menjadi rimas itu menarik tangan Hilman daripada mencengkam kolar bajunya. "Dah lah tu! Tahu lah date ! Rosak baju aku woi" marahnya sambil memukul tangan Hilman. Hilman melepaskan cengkamannya dan mula menarik rambutnya dengan kasar. "Apa aku nak buat ni" kata Hilman . Aiman menjulingkan matanya ke atas . Meluat melihat perangai kawannya itu. "Confess lah apa lagi. Bukan ke tu tujuan utama kau" katanya dengan selamba.

_

Aiman baring di atas katilnya sambil bermain dengan PSP . Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aiman mula mengeluh dan mengusap rambutnya yang kusut dengan kasar. "Aish budak ni . Dah malam buta pun kacau aku lagi" rungut Aiman tetapi tangannya tetap mengcapai telefon bimbitnya dan membuka mesej WhatsApps yang dia terima.


Aimaaaan !!! Aku takut ! -H-

Aiman mengeluh. Beberapa saat kemudian telefonnya berbunyi lagi tetapi kali ini ianya panggilan telefon daripada Hilman. "Haih tak tidur lah nampaknya aku malam ni" katanya sebelum menekan butang Answer .

_

Keesokkan paginya

Macam biasa , Aiman akan tunggu Hilman di depan rumahnya . Kali ni Hilman tidak lewat seperti semalam malah dia sudah pun siap berpakaian kemas (still lagi kena pakai baju sekolah) tetapi kemas dan nampak baru. Rambutnya disikat seperti hari-hari yang lain dan tidak seperti semalam. Aiman mengangkat keningnya memandang Hilman atas bawah. "Um.. biasa je kau hari ni " kata Aiman dengan nada pelik. Hilman tersenyum. "Sebab hari ni aku first date dengan dia lepas sekolah . Then aku nak dia suka aku sebab diri aku bukan sebab rupa !" kata Hilman dengan penuh yakin . Aiman hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya. "Sukahati kau lah Hilman" kata Aiman sambil mula berjalan untuk ke sekolah. 

"Oh ya ! Mulai hari ni aku akan jadi matang ! and lebih maskulin daripada biasa!" kata Hilman sambil membuat gaya "Fighting" orang korea. Aiman memandang sekilas ke arah kawannya  "Habistu selama ni kau pondan ke?" gurau Aiman dengan selamba.  Hilman menjeling tajam ke arah kawannya. Aiman tersengih.

Mereka telah tiba di kawasan sekolah dan semestinya benda pertama yang Hilman buat ialah mencari Mika . Setelah berjaya mencari Mika dari jauh Hilman dengan pantas berjalan ke arah Mika meninggalkan Aiman keseorang . Aiman yang malas hendak ikut Hilman mula berjalan untuk masuk ke kelas. 

Hilman mendekati Mika dengan senyuman lebar ibarat badut di funfair membuatkan wajah Mika sedikit cuak melihat perangai Hilman yang terlalu hyper hari ini. "Selamat pagi Mika !" ucap Hilman sambil tersengih. Mika tersenyum kecil sambil memandang ke arah Hilman. "Pagi.." jawab Mika perlahan sebelum tunduk semula. Mereka sekarang berada di tepi koridor dan ramai pelajar lalu lalang untuk ke kelas masing-masing. "Oh ini untuk awak" kata Hilman lalu mengeluarkan gula-gula getah kepada Mika daripada poketnya. "Untuk elakkan daripada mengantuk kat kelas" katanya dengan suara yang dibuat macho sambil mengenyitkan mata ke arah Mika. 

Mika mengambil gula-gula itu dalam keadaan teragak-agak kerana dia masih pelik dengan perangai Hilman yang tiba-tiba sahaja berubah jadi pelik. Dia kemudian menyimpan gula-gula getah itu di poketnya. "Balik sekolah ni jangan lupa tau . Saya tunggu awak dekat pagar sekolah" kata Hilman lalu mengenyitkan matanya sekali lagi ke arah Mika . Dia kemudian melambai dan mula berjalan ke arah kelasnya. Mika hanya memandang ke arah Hilman , hilang sahaja kelibat Hilman di koridor itu pipinya mula menjadi merah padam. Dia kemudian berjalan laju masuk ke kelas.

10 minit kemudian di dalam kelas Hilman.

Aiman menjeling ke arah kawannya yang sedang nyenyak tidur berbantalkan buku tebal sejarah di mukanya. Siap berdengkur lagi.

"Aku yang tak dapat tidur semalam dia sedap je tidur kat kelas" rungut Aiman dengan suara perlahan lalu dia mengeluh dan mula tumpukan perhatian pada cikgu di hadapan. 


Bersambung

Um finally? Yeah..sorry. Banyak kali aku edit cerita ni kejap padam ke taip. Aku tak mahu sia-siakan cerita ni sebenarnya dengan buat chapter yang terlalu rushing. So...i guess ni bukan chapter final hehe


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

3 Itik gebo-gebo:

Mohd Zahiruddin berkata...

haiii datang and follow...

Mira_Othman berkata...

HAHAHA Hilman being so cute ahahaha omg cant stop laughing lah kak ahahaha

Tanpa Nama berkata...

Sambung lagii..huhuhuhu..

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi