Road To Degree or Road To Adulthood?

Hai Assalammualaikum !

Since aku dah pun secara rasminya tamat diploma. Aku kena fikir sama ada nak sambung kerja ataupun sambung belajar. Hati aku kata untuk sambung belajar. Tapi ada beberapa masalah yang dihadapi oleh aku sekarang ni.


  1. Aku terlepas penerapan. Hahaha. (Kes suka melambat-lambat)
  2. Aku still fikir nak masuk jurusan apa. (Sigh)
  3. Aku fikir nak kerja dulu part time dekat mana-mana tempat untuk cari duit sikit.
  4. Berbalik kepada point 2 dan 3.
Okay.

The thing is, aku diploma in Penulisan Artistic. Ini memang impian aku. Ingat lagi post entry aku time aku cerita betapa happy nya aku bila dapat jurusan ni? Ni hah entry dia Untuk Budak SPM. Awak semua boleh tekan untuk baca entry yang sangat bermotivasi tu. Cough.

To be honest, benda yang aku cerita pasal aku lambat buat keputusan untuk buat apa semua tu jadi balik untuk degree. Aku ni ada masalah over thinking, paranoid, low self confidence dan semua yang berkaitan. Yes aku tahu, menjadi penulis dah memang impian aku sejak aku mula menulis di blog ni. Tapi bermacam jenis perkara negatif mula masuk ke dalam kepala otak aku, contohnya : 

Aku duduk di Johor Bahru dan mostly kerja yang aku impikan ada di Kuala Lumpur. Kalau aku nak kerja di sana aku terpaksa tinggalkan rumah dan duduk di sana. I bet my whole life my parent will not agree to this. Aku nak pi jejauh pun diorang dah panik ini kan pula nak menetap kat sana terus. Faktor aku ni perempuan pun dah menyumbang besar kepada permasalahan ni.

Kejap kenapa ayat macam buat esei bahasa melayu. 

Okay itu satu. Lagi satu, 

Aku tak tahu nak ambil bidang apa untuk degree. Penulisan memang lah dah jadi impian aku untuk aku belajar. Dan aku dah pun berjaya capai hasrat aku nak belajar penulisan. Aku rasa nak masuk dalam bidang editor, ada sebahagian dari otak aku nak masuk bidang bisnes dan ada juga nak ambil bahagian pengurusan maklumat. 

Ya Allah, punya lah serabut kepala aku fikirkan benda ni. Rasa nya aku kena start balik buat tips yang aku bagi dekat hangpa semua kan. 

Take a deep breath.

Sebelum habis diploma haritu aku kononnya dah nekad nak ambil jurusan Mass Communication. Macam biasa lah. Otak ni start over thinking dan mula nak fikir macam-macam. Itu yang aku tak mohon penerapan tu. Fikir punya fikir, sampai terlepas penerapan.

Tapi aku faham. Mungkin ada sebab terlepas penerapan. Lebih baik aku ambil masa nak fikir masuk jurusan mana daripada aku tersilap masuk jurusan yang aku tak minat. Bukan aku tak mahu sambung Penulisan. Aku cuma nak rasa pengalaman belajar benda baru.

Aku teringat first semester aku masuk diploma, ada lecture yang beritahu tak salah kalau lepas diploma nak tukar jurusan. Cari pengalaman dan ilmu. Kerja tu lain cerita. Lecture penulisan aku tu rasanya diploma dalam bisnes ke apa entah aku lupa. Jauh dari penulisan. Tapi dia kata pengalaman belajar benda baru tu yang buat dia berjaya sampai sekarang.

So sebab tu lah aku nak cari jurusan lain. Nak cuba cabar diri sendiri ambil jurusan yang lain dari penulisan. Bukan sebab nak ikut lecture tu je, tapi sebab aku nak belajar benda yang mungkin selama ni aku minat dan ada bakat tapi tak pernah sedar. Tak salah kan nak cuba benda baru. 

Mungkin sekarang aku still tak ada idea nak ambil apa. Tapi aku yakin nanti sampai masa, aku dapat buat keputusan dan aku harap aku tak tersilap langkah. 

Aku kena berhenti fikir negatif pasal hal tak dapat kerja since rezeki ada di mana-mana dan aku kena percaya dengan haluan yang diberikan pada aku. 

By the way..

Aku terfikir nak masuk dalam jurusan Pengurusan Maklumat, dah banyak kali nama jurusan tu masuk dalam kepala otak aku selain Maskom. Blegh. I hate making decision kalau bab sambung belajar ni. Dari zaman SPM ! hahahaha. 

SPM berjalan lagi ke sekarang? Goodluck!

Nanti aku akan update mana aku nak masuk ya. InsyaAllah. 


NOTA PENTING   NOTA PENTING  NOTA PENTING

DISEBABKAN DAH LAMA HIATUS. Aku banyak lupa link blog korang yang selalu jenguk blog aku. So, aku based on link yang korang letak kat shoutbox ataupun komen. Mostly, komen yang aku akan singgah selalu. Kalau selalu komen, memang aku akan selalu singgah blog diorang and komen entry diorang.

Masalah dia sekarang, adik EAT.MAKE.READ yang selalu komen kat cerita kita, kita minta maaf sebab tak ingat nama blog awak sebab dah lama tak buka blog dan laptop format so bookmark semua hilang. Tapi kita tahu awak selalu singgah blog kita dan komen. So, time nak singgah balik blog awak, macam biasa kita tekan profile. Tapi tak dapat tengok /insert crying face/ sebab awak private. So please tinggal link sini kalau awak baca entry ni ya? Saya nak save balik link awak. Terima kasih selalu komen blog kita. Nak balas balik jasa komen, tapi tak ingat link blog. Ampun ! Dah try semua cara nak cari link blog awak tapi gagal . Gigih kan? This is how i am hahaha. Kalau nampak orang komen kat entry or cerita aku mesti akan cuba sedaya upaya balas balik dengan komen entry diorang or singgah setiap kali buat blogwalking. So harap awak baca tau sis <3

Gais kalau singgah sini make sure tinggal link di komen atau shoutbox ! Kalau tak aku serba salah tak singgah balik. Thank youuu <3

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Kembali ke Pangkal Jalan.

Hai Assalammualaikum.

Tajuk entry kali ni adalah untuk clickbait sahaja. Pengaruh Pewdiepie hahahahaha.

Lama tak update blog. I dont know ada lagi ke tak yang baca blog aku. Kalau ada, terima kasih. Rasanya dah berbulan aku tak update blog kan? Cerita baru pun tak ada. Semua sebab aku sibuk dengan final semester aku dalam Diploma Writing Artistic. 15 November haritu baru je aku dapat result dan Alhamdullilah dapat graduate dengan Dekan for the second time ! Yuhuu.

I know, baru dua kali dekan dalam lima sem aku dah kecoh kan? Tapi bagi aku sebenarnya tak kisah sangat dekan sebelum ni. Asalkan kekal pointer 3 ke atas. Seboleh mungkin nak elak dapat bawah 3. Dan Alhamdullilah selama lima semester ni aku dapat 3 ke atas walapun selama 3 semester aku dapat pointer semua sipi-sipi nak dekan. Dia punya geram tu lain macam hahaha.

Untuk yang kali terakhir ni, aku happy sikit dapat dekan sebab dari awal semester lima aku dah niat nak dekan. Tak macam masa semester dua, time tu aku tak fikir nak dekan pun. Tetiba je dapat, rezeki aku untuk semester tu. Anyway, Alhamdullilah niat nak dekan ditunaikan atas usaha diri ni yang tak tidur siang malam buat assignment dan ulangkaji sehari sebelum exam hahahaha.

Tak. Aku bukan jenis yang duduk belajar seminggu sebelum exam. Aku jenis yang belajar 3 hari sebelum exam baru start buka buku. Disebabkan aku jenis pelupa dan mudah terganggu dengan perkara lagha. Kah .

Anyway, tak kisah lah siapa pun yang baca blog aku ni. Terima kasih. Aku tetap akan post cerita dekat sini. Kalau aku ada idea baru. Aku tak kisah ada orang baca ke tak, asalkan aku dapat teruskan minat aku dalam menulis.

Sampai di sini saja. Terima kasih!

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Obsessive Love (Pembaca Matang)

Dilarang copy jalan cerita ini.


Amira memandang kosong ke arah siling di atas. Kipas yang berpusing laju memecahkan kesunyian di dalam biliknya. Air mata mula mengalir jatuh ke atas katil namun ia tidak diendahkan oleh Amira yang sedang baring di atas katil itu. Badannya terlampau sakit untuk bergerak. Lamunannya terhenti apabila telefonnya berbunyi di atas meja kecil sebelah katilnya. Amira mengeluh. Dengan perlahan dia mengangkat badannya dari katil dengan bantuan sikunya, dahinya berkerut menahan sakit. Amira menarik selimut yang ronyok kerana kejadian semalam itu lalu menutup badannya yang terdedah itu.

Amira kemudian mencapai telefon bimbitnya. Dilihatnya di screen telefon untuk melihat siapa yang menelefonnya. Amira mengeluh. Dia kemudian menekan butang answer dan telefon dihalakan ke telinganya.

"Hello..."

"Um..Hello. Amira? Kau okay ke? Kenapa suara kau serak?"

"A-Aku okay lah Siti.. kau nak apa call?"

"Mira...k-kau kena-."

"Siti. Kau nak apa? Cakap sekarang atau aku putuskan talian."

"Ah.. aku ingat nak minta kau datang  kedai. Gantikan aku kejap, tapi kau macam tak sihat je."

"Oh.. aku okay. Kejap lagi aku sampai."

Amira kemudian memutuskan talian tanpa menunggu jawapan daripada kawannya. Dia dengan perlahan bangun dan menuju ke tandas diselubungi selimut. Dia kemudian memandang ke arah cermin di bilik air dan melihat refleksinya di cermin. Matanya mula berair. Dia menggenggam tangannya dengan selimut.

Badannya penuh lebam. Bibirnya pun ada kesan darah akibat ditampar kuat. Mujur wajahnya okay dan tidak teruk seperti selalu. At least orang lain tak akan perasan apa yang terjadi kepada dia.

***
Amira masuk ke kedai bunga itu dengan berpakaian tebal untuk menyembunyikan segala rahsia yang terjadi. Hampir setiap hari dia begini jadi orang tidak banyak yang syak dengan cara pemakaiannya. "Amira ! Sampai pun kau!" jerit Siti sambil memeluk badan Amira. Amira mengetap bibir menahan sakit namun tetap senyum ke arah Siti apabila dia melepaskan pelukan.

Lepas sahaja dari pelukan itu Siti memandang wajah Amira dengan riak wajah yang prihatin dan risau. "Mira.. k-kau.. kau kena-" ayatnya dipotong sekali lagi oleh Amira. "Siti, kau punya shift sampai pukul berapa? Aku tak boleh balik lambat tau" kata Amira sambil berjalan ke counter. Siti mengeluh. “Pukul 5.." jawab Siti perlahan sambil memandang ke arah kawannya dengan penuh kerisauan.

***
Amira melihat jam tangannya, lagi beberapa minit shift nya akan tamat dan dia sudah boleh balik ke rumah. Rumah...fikir tentang itu membuatkan tangannya menggigil. Lamunannya terhenti apabila ada seseorang yang memanggil namanya. "Amira. Saya nak cakap dengan awak kejap" kata seorang lelaki di hadapannya. Amira memandang kosong ke arah lelaki itu lalu mengangguk dan mengekori lelaki itu ke belakang kedai.

Sampai di sana tiba2 tangan Amira ditarik dan lengan bajunya ditarik ke atas menampakkan tangannya yang penuh lebam. Genggaman di tangannya menjadi kuat. "Did he did this to you?" tanya lelaki itu dengan suara yang menahan marah. "Aryan.. please" rayu Amira sambil cuba untuk tarik tangannya dari genggaman kuat Aryan. "Answer me" arah Aryan dengan suara yang perlahan tapi penuh kemarahan. Amira mengetap bibirnya sambil memejamkan mata. Dia kemudian menganggukkan kepalanya. Genggaman di tangannya dilonggarkan.

"Kita kena report polis" kata Aryan. Amira memandang ke arah Aryan dengan riak wajah panik. "No! Please Aryan! Dia dah janji ni kali terakhir dia akan pukul saya" rayu Amira sambil menangis. "Dah berapa kali dia buat janji tu?! Tak pernah satu pun dia tunaikan!" marah Aryan. Amira menggeleng kepalanya berkali-kali sambil menangis. Dia kemudian menarik hujung baju Aryan dan memandang ke arah Aryan. "Please. Kita cuba bagi dia peluang. Saya yakin dia akan berubah.. tolong jangan report polis" rayu Amira dengan mata yang berair. Aryan mengeluh berat.

"Fine.. tapi hari ni biar saya hantar awak balik" kata Aryan. "What?! No.. tak apa saya boleh balik sendiri!" kata Amira sambil cuba untuk larikan diri namun gagal kerana Aryan sudah menarik lengannya. "Kalau awak tak setuju saya buat report polis sekarang juga" kata Aryan. Amira mengeluh. "Okay.." jawabnya perlahan.

***
"Be safe.." ucap Aryan sebelum memandu pergi meninggalkan Amira di depan rumahnya. Amira menarik nafas panjang dan masuk ke dalam rumahnya. Baru sahaja dia tutup pintu rumahnya tiba2 rambutnya ditarik kasar dari belakang. Amira menjerit. Dia tahu siapa empunya tangan itu. "Berani kau dekat dengan jantan tu lagi kan? Berapa kali kau nak aku kasi amaran dekat kau?" bisik lelaki itu di telinga Amira. Tangannya masih menarik kuat rambut Amira. Amira menangis. "M-maaf.. abang.. dia cuma hantarkan saya balik" jawab Amira sambil menangis. Badannya kemudian ditolak kasar sehingga dia terjatuh di atas lantai .

Lelaki itu kemudian menunduk dan menampar wajahnya dengan kuat. "Mula2 hantar kau! Lepas tu apa pulak?! Tidur dengan kau !? Perempuan murah!!" tengking lelaki itu sambil terus menampar wajah Amira berkali-kali sehingga dia puas. Setelah puas dia berhenti dari menampar. Dia kemudian mengusap perlahan wajah Amira yang merah dan basah kerana menangis. Amira memejamkan matanya dengan kuat apabila pipinya diusap, terasa pedih apabila ditampar beberapa kali.


"Sayang.. kan abang dah kata.. jangan dekat dengan mana2 lelaki.." kata lelaki itu dengan nada perlahan sambil terus mengusap pipi Amira. Amira kemudian menjeling ke arah lelaki itu. Namun menyesal apabila lelaki itu menampar nya sekali lagi sebelum mengambil tali dan mengikat tangan dan kaki Amira. Mata Amira membulat ketakutan. "A-abang! A-ampun bang.. tolong lepaskan Mira. m-mira janji tak jumpa dengan dia lagi!" raung Amira. Lelaki itu hanya tersenyum sinis sebelum mengeluarkan pisau poket . Dia kemudian menghiris perlahan lengan Amira membuatkan Amira menjerit kesakitan.

Lelaki itu kemudian menutup mulut Amira dengan kain. "Now..ini hukuman kau sebab rapat dengan lelaki lain" kata lelaki itu sebelum menghiris lagi pisau itu di tangan, kaki dan pipi Amira. Amira hanya mampu meraung dan menggigit kain di mulutnya untuk menahan sakit. Seluruh badannya penuh dengan luka dan darah. "Amira sayang.. awak tahu kan saya sayang kan awak? Saya tak suka awak cakap dengan orang lain selain saya...awak tahu.. saya cemburu tau tengok awak rapat dengan orang lain. Awak milik saya dan saya seorang sahaja" kata lelaki itu sambil bermain main dengan mata pisau itu di pipi Amira . Amira menggigil sambil menangis. Dia betul2 berharap ada seseorang yang membantu dia sekarang ini. Kerana ini lah kali pertama suaminya Fikri menggunakan pisau untuk menghukumnya. Selalunya dia hanya memukul dan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Amira memejamkan mata dan menggigit kain di mulutnya dengan kuat apabila mata pisau itu ditekan kuat di pipinya membuat ada darah mengalir. "So.. awak nak jumpa dengan dia lagi tak?" tanya Fikri sambil memandang tajam ke arah Amira. Amira menggelengkan kepalanya sambil menunduk. Tidak mahu memandang ke arah suaminya. Fikri mula naik angin, dia kemudian berjalan laju menuju ke dapur sebelum datang semula ke arah Amira dengan sebatang lilin yang menyala .

Mata Amira membulat apabila sedar apa yang hendak dilakukan oleh Fikri. Amira menggeleng kepalanya berkali-kali sambil cuba untuk menjauhkan dirinya dari Fikri. Namun gagal apabila kakinya ditarik kasar oleh Fikri. Fikri kemudian mengusap pipinya yang berdarah itu dengan senyuman sinis. "Now.. be a good girl will you? Stay still.." arah Fikri sebelum menghala lilin itu ke arah kaki Amira yang terdedah itu kerana pisau. Fikri menyengetkan sedikit lilin itu membuatkan air di lilin itu jatuh ke atas kaki Amira. Amira meraung menahan sakit dan panas di kakinya. Dia menendang kakinya cuba untuk melepaskan genggaman dari Fikri namun gagal kerana genggaman itu terlalu kuat.

Fikri kemudian mengulangi perbuatan itu beberapa kali di kaki dan tangan Amira. Setelah memadam lilin itu, Fikri mendekatkan diri ke arah Amira dan menghidu Amira di lehernya. "So.. apa kata kita mulakan hiburan kita sekarang ni" bisik Fikri sambil tangannya menuju ke arah baju Amira untuk mengoyakkannya. Namun terhenti apabila pintu rumahnya ditendang kuat.

Amira dan Fikri terkejut dan memandang ke arah pintu dengan mata yang membulat.
**
Amira dan Fikri melihat beberapa orang polis masuk ke dalam rumahnya sambil menghalakan pistol. Fikri dengan pantas memeluk Amira dari belakang sambil mengacu pisau poket itu di leher Amira. Amira mula panik dan cuba meronta namun gagal. "Polis! Encik letakkan pisau tu sekarang dan angkat tangan!" arah seorang polis sambil mengacukan pistol.

Fikri menguatkan pelukannya di belakang dan pisau itu ditekan di leher Amira. "Pergi! Atau aku bunuh dia ni!" marah Fikri. "Encik. Tolong letakkan pisau tu dan berundur ke belakang. Dengar arahan kami kalau tak mahu cedera" pujuk polis itu. Namun Fikri tidak mahu mendengar arahan polis itu dan cuba untuk berundur ke belakang sambil menarik badan Amira. Amira dapat rasakan ikatan kain di mulutnya sedikit longgar kerana banyak pergerakan di belakangnya. Amira kemudian menggeleng kepalanya untuk menjatuhkan kain itu. Setelah terjatuh Amira tersenyum lega seketika sebelum terkejut apabila pisau di lehernya kembali ditekan.

"Pergi! Jangan berani nak dekat dengan aku kalau tak aku cucuk pisau ni kat leher dia!" tengking Fikri. "Jangan buat tindakan bodoh encik . Menyerah kalah saja" arah polis itu sambil cuba untuk mendekatkan diri kepada Fikri dan Amira. "Fikri..." panggil Amira perlahan. Suaranya serak kerana terlalu banyak menjerit dan menangis. "Fikri.. tolong.. dengar arahan polis tu." pinta Amira sambil menangis. Pelukan di belakangnya semakin kuat. "No! Saya tak nak awak pergi dari hidup saya! Awak milik saya dan saya seorang saja! Saya sayangkan awak!" marah Fikri sambil menekan sedikit pisau itu di leher Amira. Amira menggigil menahan takut. "Fikri.. please. .listen to them..ini yang terbaik buat awak.." pujuk Amira lagi. Dia berharap dengan pujukan dia itu dapat melembutkan hati Fikri.

Tiba2 kedengaran bunyi pasu pecah yang kuat di belakang Amira dan kaca berterbangan .Namun Amira terlindung dari terkena kaca kerana badan Fikri yang berada di belakangnya. Pelukan di belakang Amira mula longgar dan badan Fikri jatuh ke lantai. Mata Amira membulat melihat suaminya terbaring di lantai dengan kepala yang berdarah.

"Encik Aryan! Kan saya dah kata jangan buat tindakan yang melulu macam tu!" marah seorang polis sambil menyimpan pistolnya di belakang. Polis yang lain menuju ke arah Fikri untuk menangkapnya. Amira memandang ke arah Aryan yang sedang tersenyum itu. "Sorry saya tak dapat tahan marah bila tengok dia tadi" kata Aryan sambil mengusap belakang lehernya. Dia kemudian berjalan terenjut-enjut ke arah Amira. "Ya Allah.. habis berdarah satu badan awak.. maaf saya lambat datang selamatkan awak" kata Aryan sambil memandang ke arah Amira dengan penuh prihatin. "Kenapa dengan kaki awak?" tanya Amira sambil memandang ke arah kaki Aryan. Aryan ketawa. "Oh. Saya tendang pintu belakang rumah awak. Tu yang sakit ni" katanya.

Amira kemudian memandang ke arah Aryan dengan senyuman manis. Senyuman yang penuh keikhlasan dan kesyukuran kerana akhirnya dia bebas.

***

Amira membuka matanya dan melihat sekeliling bilik. Dia berada di hospital. Dia sendiri tidak sedar bila dia pengsan. Amira cuba bangun dari katil namun ada tangan yang menghalangnya. "Baring. Awak perlu rehat" ucap Aryan di sisinya. Amira akur lalu baring . "Um..Aryan..Fikri..apa jadi pada dia?" tanya Amira perlahan sambil memandang ke arah Aryan. Baru sahaja Aryan hendak membuka mulut, pintu bilik wadnya terbuka dan kelihatan seorang doktor perempuan berjalan ke arahnya sambil tersenyum. "Hai Amira, macam mana rasa penat and sakit lagi ke?" tanya doktor itu. "Um.. okay lah cuma sakit sikit je" jawab Amira sambil membalas senyuman. Doktor itu mengangguk sambil menulis sesuatu di file. "Ah. Encik Aryan boleh tinggalkan kami berdua sekejap? Saya nak cakap sesuatu dengan Amira" kata Doktor itu. Aryan mengangguk lalu berjalan keluar dari bilik. Doktor itu kemudian duduk di sebelah Amira dengan senyuman manis.

"Nama saya Doktor Syilah..and saya ada perkara nak beritahu awak tentang Fikri" kata doktor Syilah. Amira mengangguk menyuruh doktor itu menyambung kata katanya. Doktor itu menarik nafas panjang sebelum memandang ke arah Amira. "Saya dapat tahu yang suami awak ada masalah mental. Dia tak gila, cuma dia ada masalah dalam mengenal pasti cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang" kata Doktor itu. Amira mengerutkan dahinya. "Saya dapat tahu yang sewaktu dia kecil, dia dan ibunya selalu didera oleh ayahnya. Dan setiap hari ayahnya akan memukulnya sambil berkata yang itulah tanda dia sayang kepada Fikri. Disebabkan itu, di minda Fikri telah di set yang dengan memukul semua itu adalah tanda dia sayang pada awak." sambung doktor itu lagi. "Tapi.. kenapa masa sebelum kahwin dia tak macam tu?" tanya Amira. "Itu sebab awak belum lagi jadi isteri dia. Bila awak dah sah menjadi isteri dia. Dia rasakan yang awak tu milik dia seorang sahaja. Sebab tu bila awak bercakap dengan mana2 lelaki lain dia akan marah dan minda dia menjadi tidak menentu. Dia obsess dan terlampau sayang pada awak sehingga dia tak mahu ada seorang pun yang mendekati awak. Dengan itu dia gunakan kekerasan untuk tunjukkan pada awak yang dia sayangkan pada awak" terang Doktor itu lagi.

Amira mendiamkan dirinya. Terkejut dengan informasi yang baru sahaja dia terima. "Um.. ada lagi satu perkara yang awak perlu tahu. And ini berkaitan dengan awak" kata Doktor itu. Amira memandang ke arah doktor itu. Perasaan tidak sedap hati mula timbul di dalam dirinya.

"Awak mengandung"

***
Fikri dimasukkan ke hospital untuk dirawat sebelum di penjara kerana cubaan membunuh dan mendera. Amira yang sedang mengandungkan anak Fikri telah pun bercerai dengan Fikri dan mula pindah jauh dari rumah asalnya. Dia mula membina kehidupan baru sebagai seorang ibu tunggal. Walaupun Aryan cuba untuk memikat hati Amira namun dia tetap menolak kerana dia hanya menganggap Aryan sebagai seorang kawan sahaja.

“Kenapa kau tak terus terang je dekat aku Mira?” tanya Siti sewaktu mereka berjumpa selepas dua minggu kejadian. Amira memandang ke arah lantai dengan lama. Tangannya mengusap perlahan perutnya itu.

“Bukan aku tak nak beritahu kau.. tapi aku takut. Dan aku sayangkan Fikri tu sangat sampai aku fikir yang dia akan berubah.” terang Amira dengan perasaan sebak. Siti mengusap bahu Amira dengan perlahan.  “Kita sebagai wanita kena saling bergantung di antara satu sama lain.. kalau kau ada masalah yang melibatkan nyawa kau , kau kena beritahu aku. Tak pun kau pergi pakar kaunseling ke apa yang boleh kau luahkan. Jangan biarkan lelaki ambil kesempatan ke atas diri kita. Lepas ni kalau kau ada apa-apa masalah, kau beritahu aku ataupun Aryan. Kita semua kan kawan dah lama.” nasihat Siti. Amira mengangguk sambil mengesat air mata yang telah jatuh ke pipinya. Badannya kemudian dipeluk oleh Siti.

Tamat
Yes tamat. Ni cerita yang dah lama ada kat draft since aku ragu-ragu nak post atau tidak. Aku terfikir pasal cerita ni sewaktu aku nampak kempen jangan dera wanita ke apabenda ntah. Baru sekarang teringat tentang cerita ni. So enjoy. And yes im back.


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

KAFEIDOSCOPE [ BUKU PERTAMA]








HAI GUYS!

Baiklah sesiapa yang sudah mengikuti perkembangan aku di instagram [ @Dxjinki] , facebook [ Dalila Samsudin] atau di mana-mana sahaja. Anda pasti akan tahu bahawa baru-baru ini aku dan 9 orang coursemate aku baru sahaja menerbitkan sebuah buku kompilasi cerpen kami.

Buku KAFEIDOSCOPE merupakan buku yang mempunyai 10 jenis cerita pendek ataupun cerpen di mana semuanya berlaku di satu tempat iaitu KAFE. Pelbagai jenis genre dan jalan cerita yang terdapat di dalam buku ini dan ianya di hasilkan sendiri oleh para pelajar penulisan kreatif !

Sebagai penulis baru, saya Dalila Samsudin mengharapkan sokongan dan doa daripada anda semua untuk menyokong buku pertama kami. Tak lupa juga ingin berterima kasih kepada SJ CREATIVE kerana sudi membantu kami dalam menerbitkan sebuah buku.

Tajuk cerita aku di dalam buku ini adalah  HANYA KITA . Mengisahkan tentang KISHA, boss di sebuah syarikat yang berdekatan dengan sebuah cafe baru. Sewaktu kali pertama Kisha menjejakkan kaki di kafe itu , satu insiden berlaku membuatkan dia mengenali seorang pekerja lelaki misteri yang tidak banyak bercakap. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh dapatkan buku ini dengan harga  RM15 including postage ! Harga diskaun memandangkan ini percubaan pertama aku hee.

Buku KAFEIDOSCOPE akan berada di kedai-kedai insyaAllah pada bulan 3 .

Mahu tempah?  Email di Dalilasamsudin@gmail.com atau lawat saya di facebook page Dalila Samsudin Blog 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi