Untuk Budak SPM

Hai
Assalammualaikum
Annyeong! /bow

Okay ni tips pada adik-adik kita yang masih bersekolah dan yang masih berhingus eh. Ada yang kena teranjang nanti. kah.

HashtagTetiba.

Baiklah. Pada adik2 ku yang tercinta lagi termanja semua yang sekarang ni dah masuk ke alam sekolah menengah atau tengah berada di form 4 dan 5. Disini saya Dalila atau lebih dikenali sebagai Gadis Tetiba. Ingin memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan apabila anda tiada cita2 atau sedang berada di tahap taktau pebenda yang kau nak jadi bila besar nanti melainkan makan tidur dekat rumah.

Aku dulu pernah mengalami masalah taktau apa nak jadi kat life aku. Langsung takda tujuan

Bila orang tanya

"Wei kau nak jadi apa lepas SPM?"

"Entah"

Dan disaat aku menjawab sebegitu rupa aku mendapat tenungan paling judgemental sekali.

"Eh minah ni teruknya cita2 sendiri taktau. Padahal dah form 5"

"Tulis kat blog macam orang pandai tapi real life otak udang.

  Udang pun lagi pandai daripada dia rasanya" /k ni hiperbola/

Ni mai aku nak ajar hangpa achaner nak tahu apa yang korang minat dan nak jadi
bila habis SPM nanti. Ni penting woi untuk korang yang berumur 17 tahun /macam aku/.

Sebenarnyakan. Korang ni ada cita2 tapi korang keliru. Contoh kejap korang nak jadi bomba pastu tukar polis pastu doktor. Alah samalah macam borang yang korang isi time sekolah rendah dulu yang tiap2 tahun dia tanya apa cita2 korang and tiap2 tahun gak cita2 korang berubah. Jangan tanya kenapa. Ni pengaruh kawan yelah masa kau nak isi time tu jugak kawan kau sibuk nak

"Wei jom jadi doktor weh! Best"
Me " Hah okay2 ! /angguk2/"  (...................)

Bila aku pikir balik ah. Masa zaman hingusan dulu kenapa ntah aku ikut kawan.Alah biasalah. Budak hingusan. lol

Oh jauh aku melencong. Um k. Nak tau apa cita2 kau? Senang je. Kau tanya diri kau sendiri apa kau minat. Kau tanya kawan kau apa yang kau selalu buat tanpa kau sedar. Contoh macam aku dulu, aku sampai form 5 aku taktau apa cita2 aku. Dah dekat SPM baru dok kalut pikir eh amenda aku nak jadi ni ! Aku nak mohon UPU macam mana kalau taktau nak jadi apa ! Sebenarnya benda ni simple je, tapi disebabkan orang selalu kata yang UPU ni penentu apa yang kau akan jadi bila besar nanti sebab kau yang pilih jurusan yang kau nak mula ah kau jadi kalut. Puih.

Dilarang meniru tindak laku aku. Sekian. 

Then aku dok pikir punya pikir...sampailah SPM....sampailah habis SPM

Aku tanya kawan aku.Pendapat diorang. Aku tanya cikgu kaunseling. Aku tanya semua oranglah . Then aku tanya diri aku. APA YANG AKU MINAT DAN AKU YAKIN AKU AKAN BELAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH SEBAB BENDA TU.

Poof ! Alhamdullilah.

Aku baru rasa aku nak jadi seorang penulis. Melalui blog pada mulanya dan aku akan pastikan..One day aku akan dapat lihat buku-buku aku berada di rak buku jualan. Aku nak satu negara mahupun dunia melihat fantasi aku di dalam buku tu...

Dan aku takkan pernah berhenti daripada berimaginasi. Tak kiralah aku ada kat mana pun, aku tetap akan berangan. Ya..dulu aku suka berangan nak buat skrip bagai .Nak jadi orang filem. And you know what? Sekarang ni aku berada di Universiti yang menawarkan aku belajar dunia filem. Belajar apa itu skrip, belajar buat skrip semua tu. Belajar macam mana orang buat filem, storyboard,dan apa itu lakonan semua.

Aku pun tak tau Uitm ada menawarkan benda tu. Ha ha ha. Dan jujur aku taktau Uitm Puncak Perdana ni apa. Aku tau Uitm Puncak Alam dengan yang Induk punya ja. Tapi bila masuk aku ternganga dapat tau dekan aku sebenarnya direktor terkenal, aku jumpa artis aku belajar gaya hidup filem semua. Dan aku bersyukur. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang menjejak satu langkah ke dunia filem. Dan InsyaAllah aku akan menjejak langkah aku lagi satu dan bekerja di dunia filem. Eceh aku ni sejak belajar penulisan banyak betul ayat bunga2 yang aku letakkan . Hah tetiba.

So pada adik2..kalau awak rasa awak minat sangat pada sesuatu perkara tu. Even benda tu dont make any sense like kau nak jadi pelukis or penulis like me yang orang selalu pandang remeh pekerjaannya. Awak kena berani. Berani mengambil cabaran, dan tunjukkan pada orang. "Hey aku jadi blablabla pun boleh berjaya lah" buktikan pada mereka yang pandang remeh tentang bidang yang kita pilih. BUKTIKAN

Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan kan? So angkat muka anda pandang kehadapan dan yakinlah dengan pilihan anda.

Cheers up guys !  SPM ni senang je !  Ha Ha Ha Ha Ha ayat sarcasm gila.

NOTA TAPAK KAKI YANG AKU RASA KORANG TAKYAH BACA

Tajuk asal entry ni sebenarnya "Untuk Budak SPM Yang Takda Life"
tapi panjang sangat jadi aku buat Untuk Budak SPM je. kah.

Komen lah sikit. Aku rindu nak baca komen hangpa semua. Kata Hai pun jadilah. Nampak tak apa jadi kalau dah stress tahap gaban ni? Taktau malu betol lol

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

5 Itik gebo-gebo:

Am_Mir berkata...

WAHHHHHHH U really really give me spririt lah kak ! >< Thanks thanks

Tanpa Nama berkata...

still berada di awang-awangan.. hurm..looks like akak enjoy dgn course yg akak pilih bestnye

umi zati berkata...

cemane kes sy niee? minat pon tktahu.. lol:0

Dalila Samsudin berkata...

@umi zati maybe adik boleh tengok dekat keputusan periksa adik yang mana subjek paling adik suka? :) berdoa dan solat minta petunjuk pun boleh jd salah satu caranya ^^

qie qien berkata...

cita2 sy nk jd wartawan...tiap kali org tnya nak jadi apa mmg saya confident ckp saya nk jd wrtawan,tapi ada sesetengah manusia ni suka sngt kondem dia ckp macam2 ...menyampah gila org mcm tu suka sngt perlekehkan org

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi