Reincarnation II

 Warning Ini cerita Fantasi. 
Jadi ianya tidak pernah wujud dalam buku sejarah anda.
atau mana2 buku sekolah.
Part I

 Sebulan kemudian.

Aryani baring di katilnya sambil memandang kearah bunga Gloxinia yang diberi oleh Farhad setiap hari.Untuk mengelakkan daripada bunga itu layu, Aryani letakkannya di pasu dan sentiasa menyiram bunga itu. Dia nekad yang dia akan berterus terang pada Farhad hari ni. Namun lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk. "Puteri..Tuanku nak jumpa puteri sekarang" ucap orang gajinya di luar. "Baiklah. Nanti saya turun" ucap Aryani sambil turun dari katilnya. Entah kenapa hatinya betul2 berasa tidak senang hati sekarang. Dia berharap ayahnya tidak tahu tentang hubungan dia dan Farhad.

Aryani masuk kedalam bilik dimana dan melihat ayah dan ibunya sedang menunggu bersama sama dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal. "Ada apa ayah nak jumpa?"tanya Aryani. "Ah..Aryani. Ni ayah nak kenalkan kamu dengan Putera Irham dari Negara Dandelion. Bakal suami kamu" kata Raja Arshad dengan senyuman lebar. Putera Irham kemudian bangun dan menundukkan kepalanya sebelum tersenyum."Selamat berkenalan Puteri Aryani"kata Irham dengan penuh berkarisma.Aryani terdiam. Baru sekarang dia teringat yang dia akan dikahwinkan dengan Putera Irham.Fikirannya melayang memikirkan Farhad,Cinta pertamanya. 

"Aryani? Kamu okay? Duduk lah dulu. Kita nak bincang hal kahwin kamu" ucap Permaisuri Riana. Aryani tersedar dari lamunannya dan berjalan perlahan untuk duduk dihadapan ibubapanya.

***
Farhad duduk di tempat dimana dia dan Aryani selalu berjumpa. Dia memandang lama bunga Gloxinia yang berada di tangannya itu dengan senyuman. "Hai..Lama tunggu?" ucap Aryani sambil duduk di sebelah Farhad. "Tak ada lah lama sangat.." kata Farhad sambil tersenyum namun senyumannya mati apabila melihat wajah muram Aryani. "Kenapa ni?" tanya Farhad.Aryani mengeluh. 

Aryani kemudian memandang wajah Farhad. "Farhad..awak sukakan saya tak?" tanya Aryani tiba2. Farhad terdiam seketika. Terkejut mendengar soalan Aryani. "E-Eh? A-apa yang awak cakap ni?" tanya Farhad dengan nada panik dan keliru. Aryani mengerutkan dahinya."Jawab soalan saya Farhad!" arah Aryani. Farhad mengeluh lalu kepalanya diusap perlahan sebelum memandang kearah wajah Aryani. "Ya..saya sukakan awak..sejak pertama kali saya jumpa awak..tapi saya tahu saya tak layak untuk awak jadi-"belum sempat Farhad menghabiskan ayatnya Aryani sudah memotong. "Saya pun sukakan awak" kata Aryani sambil tersenyum. Mata Farhad membulat. Jantungnya berdebar mendengar bait kata yang diucapkan oleh Aryani .

"A-apa? A-wak b-biar betul?" tanya Farhad dengan tergagap . Aryani tersenyum lebar melihat kelakuan Farhad. "Yup..ianya Cinta pandangan pertama. Pertama kali saya nampak awak saya rasa sesuatu dalam hati saya. Perasaan tu macam tarik saya untuk bersama dengan awak. Dan saya tak kisah apa pekerjaan awak sebab itu semua tak penting buat saya. Asalkan awak berada disisi saya,itu dah buat saya gembira" ucap Aryani sambil tersenyum. Farhad melepaskan nafas lega sebelum baring diatas rumput dengan senyuman. Siapa sangka seorang puteri akan jatuh hati pada dia, seorang tukang kebun di istana. "Saya pun jatuh cinta pandang pertama pada awak...selama ni saya selalu dengar orang cerita betapa cantiknya dan sempurnanya awak. Bila awak tegur saya hari tu dekat taman, dan saya dapat tengok awak secara dekat, dapat lihat mata awak yang bersinar tu , saya tahu yang saya dah jatuh cinta..dan sekarang ni awak pula kata yang awak cintakan saya. Saya betul2 rasa macam dalam mimpi" kata Farhad sambil ketawa kecil. Aryani tersenyum mendengar apa yang diucapkan oleh Farhad, namun senyumannya mati apabila dia teringat tentang perkahwinan dia. "Um..Farhad..saya ada sesuatu nak bagitahu awak sebenarnya.." kata Aryani. Farhad mengerutkan dahinya sebelum bangun dari rumput itu untuk memandang wajah Aryani.

"Waktu Hari Jadi saya nanti..ayah dan ibu saya akan kahwinkan saya dengan Putera Irham" kata Aryani sambil menundukkan kepalanya. Air muka Farhad menjadi muram apabila mendapat tahu tentang itu, namun dia cuba untuk mengawal dirinya. "Oh..tapi..kenapa awak bagitahu semua ni lepas awak dah berterus terang pada saya?" tanya Farhad dengan nada terluka. Aryani memandang wajah Farhad. "Sebab saya nak awak bawa saya pergi dari sini sebelum majlis kahwin saya" kata Aryani.

Farhad mengerutkan dahinya. "M-maaf. Apa? Maksud awak apa? Bawa pergi dari sini?" tanya Farhad dengan sedikit keliru. Aryani mengenggam tangannya. "Saya nak kita berdua larikan diri. Saya tak cintakan Putera Irham. Saya cintakan awak dan saya nak kahwin dengan awak. Sebabtu saya nak awak bawa saya pergi dari sini" terang Aryani. Farhad terkedu sebentar mendengar penjelasan Aryani,sebelum memandang ke mata Aryani dengan riak wajah risau dan sedih. "Awak yakin ke..? Kalau kita larikan diri..awak takkan dapat kehidupan senang awak ni lagi..dan kehidupan kat luar istana ni mencabar. Saya taknak awak menyesal.." kata Farhad. Aryani mengetap bibirnya. "Saya yakin..dan saya tak kisah. Saya yakin awak akan lindungi saya dan sentiasa berada disisi saya. Kita berdua boleh harungi semua tu bersama sama" kata Aryani sambil tersenyum. Farhad kemudian mendiamkan diri sejenak untuk berfikir . Dia tahu perkara ni berisiko, dan ada kemungkinan pihak istana akan memburu mereka berdua. Tapi..kalau dia tak buat semua ni, dia akan kehilangan orang yang dia sayang. Farhad memejamkan matanya sebelum membuka dan tersenyum kearah Aryani sambil mengangguk.

"Baiklah..kalau itu saja cara untuk kita bersama.." kata Farhad sambil tersenyum. Aryani juga tersenyum lebar mendengar jawapan Farhad. Namun mereka berdua tidak sedar sepanjang perbualan mereka berdua itu didengari oleh seseorang..Putera Irham. Putera Irham yang bersandar di pokok berdekatan dengan tempat mereka berdua itu tersenyum sinis apabila mengetahui tentang rancangan mereka sebelum dia berjalan pergi meninggalkan pasangan bercinta.

Tak semua cerita cinta akan berakhir dengan episod gembira..

***
Aryani membuka matanya dan melihat sekeliling biliknya yang gelap itu. Dia dan Farhad sudah bersetuju untuk melarikan diri pada pukul 2 pagi. Aryani bangun dari katilnya dan berlari ke tingkap untuk mencari kelibat Farhad yang menunggu di bawah. Dia kemudian melihat Farhad sedang melambai sebagai isyarat untuk dia mula bertindak. Aryani mengeluarkan tali dari bawah katilnya yang diberi oleh Farhad pada petang tadi dan mengikat hujung tali di besi yang berada di tingkapnya lalu sebelah lagi hujung talinya dicampak kebawah di mana Farhad sedang menunggu. Setelah memastikan tali itu diikat mati di besi tingkap itu, Aryani menarik nafas panjang sebelum memegang tali itu dengan kuat dan menstabilkan badannya untuk melangkah kebawah.

Dengan perlahan lahan, Aryani mengenggam tali itu dan melepaskannya sedikit demi sedikit sambil menjatuhkan badannya kebawah. Kaki dan badannya distabilkan untuk mengelakkan dia terjatuh terus. Badan Aryani mengigil namun dia menguatkan semangatnya untuk turun dari situ. Dia langsung tidak berani untuk memandang kebawah. Aryani melepaskan nafas lega apabila kakinya menjejak tanah. Dia kemudian melepaskan tali itu dan memandang kearah Farhad yang tersenyum lega itu. 

"Wow..boleh tahan. Macam dah biasa je buat macam ni" gurau Farhad sambil mengusap kepala Aryani. Aryani menumbuk perlahan bahu Farhad sambil tersenyum. "Diamlah, sudah kita kena gerak cepat. Kalau tak pengawal datang" kata Aryani. Farhad mengangguk sebelum memegang tangan Aryani dan membawanya menyeledup ke dalam taman. Aryani memandang pelik kearah Farhad. "Kenapa kita lalu sini, bukan pintu besar dekat belah sana ke?" bisik Aryani. Farhad tersenyum lalu berjalan ke dalam taman yang dipenuhi pokok dan bunga itu. "Kalau lalu sana, belum apa2 kita dah kena tangkap. Kita lalu dekat lorong rahsia yang hanya saya seorang je tahu kewujudannya" kata Farhad sambil memandang sekeliling untuk memastikan tiada pengawal.

Farhad kemudian berhenti di hadapan belukar yang berdekatan dengan dinding. Di sebalik dinding itulah tempat yang Aryani teringin sekali jejak. Selama ni ibubapanya selalu melarang dia keluar dari kawasan istana. Dan apabila dia menyedari yang dia akan berjalan keluar dari kawasan istana ini, dia tidak dapat sembunyi dari tersenyum gembira memikirkannya. Farhad kemudian mengeluarkan pedang yang dicurinya dari bilik senjata lalu dia melibas pedang itu kearah belukar untuk membuat ruang. Setelah selesai terdapat satu lorong kecil di bahagian bawah dinding itu. Mata Aryani membulat, dia tidak pernah tahu pun ada lorong rahsia untuk keluar dari kawasan Istana ni. Farhad yang melihat reaksi Aryani itu ketawa kecil. "Saya jumpa masa hari pertama saya datang sini. Saya jumpa secara tak sengaja. Lubang ni kecik sikit, awak kena merangkak untuk masuk dalam ni. Sampai kat luar awak akan nampak hutan. Sebabtu tak ada orang tahu tentang kewujudan lorong ni. Saya pun tak tahu macam mana lorong ni boleh wujud" terang Farhad sambil menyimpan pedang itu disisi pinggangnnya. Aryani hanya mengerlipkan matanya beberapa kali kerana terkedu.

Farhad kemudian menghulurkan tangannya. "Sebelum tu..awak yakin ke tentang semua ni?" tanya Farhad untuk kepastian. Aryani tersedar dari lamunannya lalu tersenyum kearah Farhad. "Saya yakin" jawab Aryani sambil tersenyum sebelum mengambil tangan Farhad dan mula merangkak dahulu kedalam lorong itu. Farhad mengekorinya dari belakang setelah memastikan keadaan sekeliling selamat. Sebelum dia masuk Farhad menolak sedikit belukar itu untuk menutup jalan ke lorong itu sebelum masuk kedalam.

Sampai diluar Farhad melihat Aryani sedang memandang kearah hutan dengan senyuman yang penuh kegembiraan. Farhad menepuk nepuk baju dan seluarnya yang kotor dipenuhi tanah dan berjalan kearah Aryani. "Okay..sekarang kita cuma perlu berjalan masuk ke hutan ni, dan kita akan sampai ke sebuah perkampungan. Kat situ, kita akan cuba dapatkan kuda. Lepas dah dapat kita akan menuju ke arah selatan di mana tempat yang saya yakin mereka takkan dapat cari kita sebab disitu daerah Labilon. Mereka takkan berani masuk ke situ" terang Farhad. Aryani menganggukkan kepalanya.

Mereka berdua kemudian berjalan mengharungi hutan belantara itu. Farhad dapat melihat yang Aryani berasa tidak selesa dan takut dengan keadaan sekeliling. Farhad kemudian memegang bahu Aryani dengan sebelah tangannya. "Hey..jangan takut. Saya akan lindungi awak" ucap Farhad sambil tersenyum. Aryani menganggukkan kepalanya sambil membalas senyuman.

***
"Kita akan serang mereka sewaktu mereka penat dan berehat nanti" ucap lelaki itu sambil memandang tajam kearah pasangan yang berjalan masuk kedalam hutan yang gelap gelita itu."Baik Phoenix..." jawab beberapa orang lelaki berbadan tegap di belakangnya. 

To Be Continue

Well.. again. Cerita ni rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan mana2 sejarah hidup Malaysia blablabla. Oh did you guys dah tahu apa maksud Gloxinia ? Thanks for reading. Aku buat cerita ni pun atas dasar bosan lol . Ia ada 3 chapter sahaja.



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi