Cinta Photographer Part 29

 Part 28

Sudah 20 minit berlalu dan score sekarang sudah 40-30 dimana
Amirul sedang berada di match point . Zain sudah bermandi peluh
dan mula hilang fokus kerana dia sememangnya tidak mahu kalah.
Dan dia tidak tahu kenapa dia berusaha untuk menang. Dengan tiba2
Amirul melakukan overhead smash kearah Zain dan sewaktu Zain hendak
berlari kearah bola dengan tidak sengaja dia tersandung dan jatuh terbaring
di gelanggang. 

"1-0 ! I win !" jerit Amirul kegirangan sambil menari tarian kemenangan.
Zain mendengus menahan marah. Dia mengenggam kuat raketnya dan bangun
dari gelanggang itu. Lututnya yang luka langsung tidak diendahkannya. Dia
memandang tajam kearah Amirul yang masih lagi menari kegembiraan di hadapan.
"Sudahlah tu. Sekarang cepat cakap kau nak apa dengan Aina?" tanya Zain dengan
suara yang sedikit annoying.Amirul berhenti menari dan tersengih kearah Zain.

Dia kemudian berlari kearah Zain sambil melompat melepasi net tennis itu
tanpa masalah. Zain sedikit terkejut melihat reaksi Amirul yang terlebih teruja
itu. Amirul kemudian berdiri di hadapan Zain sambil tersenyum lebar. "Esok
aku nak date dengan Aina!" kata Amirul dengan teruja. Zain terdiam. Amirul
mengerutkan dahinya. "Zain? Zain !" jerit Amirul sambil mengoyangkan bahu
Zain beberapa kali untuk menyedarkan Zain. "Huh? What?" tanya Zain tiba2.
Dia dengar apa yang Amirul cakap cuma dia terkejut dan tidak tahu hendak
kata apa. Amirul memuncungkan mulutnya menahan geram. "Aku kata aku
nak date dengan Aina esok. So boleh tak?" tanya Amirul . Zain mengerutkan
dahinya. "Date jelah. Kenapa tanya aku pulak?" tanya Zain. Amirul mengecilkan
matanya kearah Zain. " Hey lembab. Kau kan boss dia, so aku nak minta izin
lah esok dia cuti" kata Amirul dengan nada annoying.

Zain diam sejenak. "Hum.. sukahati kau lah" jawab Zain sebelum berjalan
ke bangku duduknya untuk menyimpan raket dan meminum air. Amirul
mengekorinya dari belakang. "Serious boleh?" tanya Amirul dengan riak
wajah tidak percaya. " Ya.." jawab Zain dengan nada malas. "Yes!"
Amirul menjerit keriangan sambil melompat. "Oh ya.. aku nak confess
dekat dia esok" kata Amirul. Membuatkan Zain yang sedang minum
air itu tersedak. Amirul tersenyum melihat reaksi Zain. "Kau nak confess?
habis kenapa kau kata esok korang date?" tanya Zain sambil mengelap
mulutnya yang tertumpah air. Amirul duduk disebelah Zain. "Bagi aku,
setiap kali aku keluar dengan Aina tu date. And yes aku baru nak confess
dekat dia esok" kata Amirul sambil menyimpan raketnya didalam beg. Zain
terdiam. Entah kenapa hatinya rasa sakit mendengar apa yang dikatakan oleh Amirul.

"Okaylah..aku balik dulu. Ingat bagitahu Aina supaya esok tak payah kerja. Oh and
jangan bagitahu dia pasal confess ni tau!" pesan Amirul sambil menepuk bahu Zain
sebelum berlalu pergi meninggalkan Zain yang sedang kaku itu. Dia tidak nampak
senyuman sinis yang dilemparkan Amirul kepadanya.

 ***

Zain berjalan keluar dari lifnya sambil melepaskan nafas panjang. Badannya dan
lututnya terasa sakit kerana terjatuh tadi.  Seluarnya di bahagian lutut pun terkoyak
sedikit kerana terjatuh. Baru sahaja dia hendak berjalan kerumahnya, pintu rumah
Aina terbuka menampakkan Aina yang sedang memandangnya dengan wajah
keliru. "Zain?" panggil Aina. "Apa?" jawab Zain dengan perlahan sambil memandang
kearah Aina. Aina kemudian keluar dan berjalan kearah Zain. "Kenapa seluar kau koyak?"
tanya Aina sambil menunjuk kearah lututnya. "Jatuh" jawab Zain sebelum berjalan kearah
rumahnya. Namun terhenti apabila beg sandangnya yang mengandungi raket di tarik dari
belakang oleh Aina. Zain mengeluh sebelum memandang kearah Aina. "Biar aku letakkan
ubat" kata Aina dengan nada prihatin . Zain memandang lama kearah Aina dan serta merta
jantungnya berdegup kencang. Ah sudah.. aku ni kenapa bisik hati Zain. Keliru dengan
reaksi yang dia hadapi. "T-tak payahlah. Aku boleh buat sendiri" kata Zain dengan sedikit
tergagap sambil mengalihkan pandangannya kearah lain. Aish aku kenapa tiba2 nak
tergagap ni jerit hati Zain. 


Zain kemudian berjalan pantas dan masuk kerumahnya tanpa memandang kearah Aina.
Aina memandang kearah Zain dengan wajah keliru. "Apa kena mamat ni ?" kata Aina
seorang diri sebelum mengangkat bahunya dan berjalan masuk semula kerumahnya.

Zain bersandar di pintu rumahnya sambil memegang dadanya . Stop..stop! Janganlah
berdebar sampai macam ni sekali jerit hati Zain . "Kenapa dengan aku ni" kata
Zain seorang diri sambil memejamkan matanya untuk menenangkan fikiran.

To be continue
Zain oh zain.. bila kau nak sedar ? Amirul nak confess??

Tarian ceremony yang dilakukan Amirul

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

Unknown berkata...

Tudiaa tarian...hehehe...
Ntah..bila la si Zain ni nak sedaq...tak bagi hint pun...hehehee...rezeki ko la Amirull...Zain dah ada Liyana...

x0x0 ^___^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi