Cinta Photographer Part 10

Part 8 , Part 9  (Hari ni thriple update)

Kelihatan Aina dan Amirul sedang duduk menikmati
makanan di gerai makanan . 

"Macam mana awak boleh bekerja dengan Zain?" tanya Amirul.
Aina kelihatan begitu khusyuk menikmati Nasi Goreng Kampung
nya itu . "Aina?" panggil Amirul. Dengan mulut yang penuh Aina
memandang wajah Amirul dengan riak wajah terkejut . Amirul
tersenyum melihat telatah Aina . Aina minum sedikit air jus tembikainya
sebelum mula berbicara " Maaf awak cakap apa tadi?" tanya Aina.

"Saya tanya macam mana awak boleh bekerja dengan Zain" tanya Amirul.
Aina mengangguk sambil berkata " Oh panjang cerita dia , tapi yang pasti
pada mulanya saya terpaksa kerja dengan dia" terang Aina. Dahi Amirul
berkerut seperti tertanya tanya . Aina sedar akan reaksi Amirul itu lalu
berkata " Alah , tak payah tahu lah . Bukan best pun cerita dia" kata Aina
sambil terus menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Amirul mengangguk
sambil tersenyum nampaknya susahlah dia hendak tahu perkara yang terjadi
antara Aina dan Zain . 

Setelah selesai makan , mereka berdua berjalan bersama sama di
sekeliling bandar Kuala Lumpur . Aina berjalan sambil mengambil
gambar sekeliling bandar . Manakal Amirul hanya memerhati
perlakuan Aina sambil tersenyum

"Awak suka betul kan dengan fotografi ni"kata Amirul .
Aina memandang kearah Amirul sambil tersenyum . "Haruslah.
ni hobi dan pekerjaan saya . Kalau stress atau bosan lagi lah
saya suka ambik gambar" kata Aina sambil mengambil gambar
wajah Amirul yang sedang memandangnya . 


************************************************
Sementara itu Zain sedang duduk di dalam sebuah restoran
mewah berhadapan dengan seorang gadis yang kelihatan begitu
cantik .

"Awak sihat zain ? Dah 2 tahun kita tak berjumpa kan. Rindu betul
saya dekat awak" kata Liyana sambil tersenyum manis . Zain
hanya mendiamkan diri tanpa ada senyuman dibibirnya . Liyana
memandang kearah zain dengan wajah sedikit serba salah .

"Lega hati saya .. awak bersetuju nak jumpa dengan saya hari ni"
kata Liyana dengan nada yang perlahan . "Saya jumpa awak sebab
nak bincangkan sesuatu . Itu je" Zain dengan tiba2 bersuara .
Liyana terdiam . Kepalanya ditunduk .

"Maaf. Saya tahu saya tak patut tinggalkan awak macam tu je.. saya
tahu saya bersalah . Tapi jujur saya cakap , saya masih cintakan awak.
Saya buat semua tu demi awak " terang Liyana sambil memandang
wajah Zain .  "Kalau awak cintakan saya , awak tak akan tinggalkan
saya macam tu sahaja selama 2 tahun" tegas Zain bersuara . Liyana
mengetap bibir . "Awak pergi tanpa memberitahu saya, awak tinggalkan
saya macam tu saja . Awak tak tahu bertapa sakitnya hati saya " Zain
bersuara lagi .

"Saya minta maaf .. saya janji saya tak akan buat macam tu lagi . Saya
cuma nak kejar impian saya supaya saya dapat setanding dengan awak.
Jadi nanti awak tak perlu malu untuk bersama dengan saya" terang Liyana.
Zain menghentak meja membuatkan semua orang memandang kearah mereka.

"Saya bukan jenis yang pentingkan semua tu . Saya tak kisah dulu awak
seorang gadis biasa dan saya tak pernah malu bersama dengan awak
dulu . Kalau awak rasa saya ni seorang yang pentingkan darjat , awak
salah" marah Zain dengan nada yang marah .  Zain kemudian terus
bangun dan pergi dari situ, panggilan Liyana tidak dihiraukannya .

**************************************************

Aina sedang berjalan menuju ke lif untuk pergi kerumahnya .
Badannya berasa letih setelah seharian berjalan dengan Amirul.
Setelah masuk kedalam lif , tiba2 lif itu ditahan dengan menggunakan
tangan oleh seseorang. Aina mengangkat kepalanya , untuk memandang
orang itu . Kelihatan Zain dengan wajah yang masam masuk kedalam
lif dan terus berdiri di sebelahnya . Aina hanya mendiamkan diri . Malas
dia hendak bercakap dengan orang yang tak reti berterima kasih padanya .

Pintu lif itu dibuka. Aina dengan segera berjalan keluar dari lif tanpa
memandang Zain . Sampai didepan pintu rumahnya Aina mengeluarkan
kunci dari poketnya , Zain juga melakukan perkara yang sama . Baru
sahaja Aina mahu melangkah masuk , tiba2 Zain bersuara .

"Aina.Thanks sebab tolong angkat kotak tadi" lalu Zain terus masuk
kerumahnya tanpa sempat Aina menjawab . Dah kenapa dia ni, Tak
sempat aku nak cakap sama2 dah masuk bisik hati Aina sambil
memandang pelik kearah pintu rumah Zain yang tertutup itu .

Sudahlah .. dia penat kot . Aina cuba untuk berfikiran positif
lalu terus masuk kerumahnya .

Zain duduk di birai katilnya sambil memandang gambar liyana
ditangannya . Dia meraup wajahnya beberapa kali .
"Ya Allah ... kenapa aku seksa hati aku dengan masih mencintai
dia" bisik hati Zain . Dia sudah keliru dengan perasaan dia.

Dia marah dan kesal pada liyana kerana meninggalkan dia , tapi
pada masa yang sama dia masih lagi sayangkan liyana ...

***********************************************

Keesokkan harinya .
Di tempat pengambaraan.

"Omg ! Zain ! Banyaknya artis kat sini ! Semua artis popular pula tu!" jerit
Aina disebelah Zain . Zain tidak menghiraukan Aina yang sedang tersenyum
keriangan, Marina pula hanya ketawa melihat telatah Aina yang ceria itu .

Aina mengeluarkan buku kecilnya itu dengan marker dari beg kameranya.
Baru sahaja dia hendak melangkah ke semua artis2 yang berada disana,
langkahnya terhenti oleh suara Zain yang memanggilnya . "Aina ! Sini kejap"
panggil Zain yang sedang duduk sambil membaca skrip .Aish Dia ni sibuklah
bisik hati Aina sambil berjalan kearah Zain dengan wajah yang masam.

"Apa dia?" tanya Aina . Zain mendongak memandang Aina yang sedang
berdiri dihadapannya, kameranya digantung dileher , ditangannya pula
sedang memegang buku kecik dan marker . " Lupa ke kerja kau ambil
gambar ? " tanya Zain sambil tersenyum tanda dia sedang memerli Aina.
"Kat sini pun nak kena ambil gambar ke?" tanya Aina dengan gaya seorang
budak pemalas .  Zain menjeling. Aina mencebik sambil membuka penutup
lensanya itu . "Kau ambil lah gambar artis2 tu , lagi elok dari minta tandatangan"
kata Zain sambil matanya tertumpu pada kertas skrip . Aina terdiam .
"Ye tak ye jugak kan ! Ahahah thanks!" kata Aina dengan keriangan . Zain
tersenyum sambil mengelengkan kepalanya tapi matanya masih lagi tertumpu
pada skrip itu . "Entah apa2 je si Aina ni" bisik hati Zain

3 jam kemudian .
Di dalam kereta

"Penaaatnya" ngeluh Aina disebelah Zain . Marina pula
sedang memandu dihadapan . Zain memandang pelik wajah Aina.
"Apahal kau yang penat ? patutnya aku" kata Zain . Aina mencebik sambil
menunjukkan kameranya pada Zain " Penatlah ambik gambar kau tengah shooting
semua" kata Aina . Zain ketawa kecil . " Ambik gambar je pun , bukan kena
berlakon macam aku ni" katanya dengan nada sinis . Aina menumbuk bahu Zain
dengan perasaan geram . " Hoi , try lah jadi photographer tengok penat dia macam
mana ! lagipun apa guna aku ambik gambar kau ni, bukan boleh jual pun" marah
Aina. Zain menjegilkan matanya . " Jangan berani nak jual, nanti aku nak masukkan
dengan fanpage and blog aku lah" terang Zain . "Oh .. " jawab Aina sambil memandang
kearah luar kereta .

"Berhenti !!" jerit Aina dengan tiba2 . Membuatkan Marina terhentikan keretanya.
Mujur pada waktu itu , jalan tidak ada banyak kereta lain . Zain sudah memandang arah
Aina dengan wajah terkejut. "Hoi kau kenapa?!" tanya Zain dengan nada tegas.
Aina tidak menghiraukan jeritan Zain , terus keluar dari kereta itu . Zain turut ikut
keluar dari kereta itu sebelum itu dia menyuruh Marina parkingkan kereta di
tepi jalan untuk mengelakkan ada berlaku perkara tidak diingini .

Aina tersenyum riang sambil mendongak keatas . Kelihatan Roda Ferris
sedang tersergam indah dihadapannya .

To Be Continued
Done update 3 chapter for today. Im sorry kalau ianya membosankan.
Tak paksa pun hangpa baca. Tapi kalau hangpa baca Alhamdullilah.
Anyway 3 chapter hari ni iaitu Part 8,9 and 10 cuma mengisahkan
tentang pekerjaan Aina dan kemunculan Liyana. Bab seterusnya baru ada
drama blablabla (rahsia) . Thanks for reading ! Enjoy ! 

Anyway Tahniah Abangku and Kak Sakinah yang sudah sah menjadi suami isteri
with sekali lafaz ~ 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi