Cinta Remaja . Part 8

*Tengok Disidebar untuk membaca part sebelumnya*

"Tunggu Delaila! Jangan pergi dulu" pinta lelaki itu . Tangannya
masih lagi memegang lengan delaila. Delaila terkejut melihat
kelakuan lelaki itu , lantas dia menepis tangan lelaki itu kerana tidak
selesa. Untuk seketika , kedua dua mereka berdiam diri sambil 
memandang antara satu sama lain . Lelaki itu nampak berpeluh
seperti baru lepas berlari . Delaila memulakan perbicaraan itu ,
"kau nak apa?" tanyanya bersama dengan mukanya yang masam . 

Lelaki itu hanya mendiamkan diri . " Apa aku nak cakap ni "bisik hati
lelaki itu . Delaila yang sudah hilang sabar mula memarahinya "kalau
tak ada apa2 aku pergi dulu"kata delaila dengan nada hampa bercampur
marah . Lelaki itu mula berasa panik , dia tidak mahu delaila pergi lagi,
tetapi pada masa yang sama lidahnya kelu , otaknya blank. tidak tahu
hendak cakap apa . Kemudian dia dengan pantas mengambil nafas ,
dan " Sebelum tu , maaf lambat .Aku kena tolong cikgu fatimah tadi
lepas je selesai aku terus berlari ke arah sini . Nasib baik sempat"
kata lelaki itu sambil menyandarkan badannya di dinding. Mereka berdua
langsung tidak memandang satu sama lain. Delaila langsung tidak memberi
reaksi , dia hanya diam sahaja.

"Aku tahu kau marah aku , aku minta maaf " ujar lelaki itu. Delaila seperti
tadi langsung tidak memberi apa2 reaksi . Diam membisu sambil pandang
kearah lain."Delaila kita kenal sejak sekolah rendah lagi , janganlah marah
lagi muka kau makin buruk tahu tak" dengan selambanya lelaki itu berkata
begitu.Sememangnya itulah cara mereka untuk berbaik selama diorang kenal.
Masing2 sudah tahu perangai antara satu sama lain.Delaila yang dari tadi
membisu akhirnya bersuara." Kurang asam kau !" marah Delaila sambil
muncungkan mulutnya . Lelaki itu tergelak melihat telatah rakan sejak
kecilnya itu .

Sebelum itu.
"eh mana delaila ni?"bisik hati Sofea. Dia sudah penat mencari Delaila yang
tiba2 sahaja menghilangkan diri ."kata nak tunggu aku habis training , tapi
dia pergi merayap pula . Hish dah lah sekolah ni besar, nak cari kat mana je"
rungut hati Sofea. Pada waktu itu muka sofea sudah pun berkerut seribu
marah dengan rakannya yang hilang itu.Sedang sofea kehulu hilir mencari
delaila tiba2 dia terlihat kelibat seseorang di tepi tangga . Sofea kenal dengan
orang tu , lalu dia cepat2 sembunyi di balik dinding untuk mencuri dengar.
Sofea tahu perkara itu tidak baik , tetapi kerana terlalu ikutkan hati dia bertekad
juga untuk mendengar.

( To Be Continued)

Cerita ini hanyalah rekaan semata mata



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

CikTeddyCorner berkata...

waa..dh bnyk part.nnti ade mase cik khatam sume ok,nice job!


pss::maaf cik lame x singgah sni..busy la katakan..jgn marah aw!hehe

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi