Kenangan 6 Amanah ♥ Part 2

mwihihi semalam aku dah tulis kenangan 6 Amanah , tapi aku 
tak sempat nak cerita kan semuanya , yelah dah panjang sangatkan
entry aku tu -.- okay kita sambung ~ =D

masa darjah 6 dulu , lepas UPSR memang kitaorang happy
gilaa ! yelhaa bebas nak buat apa je. then ada hari tu ..
semua kelas darjah 6 buat benteng dekat kelas masing2
dengan menggunakan meja mwahahah , lepas tu semua
main serang2 macam askar hahah memang kelakar gilaa masa tu
cikgu langsung tak ada masa tu hikhik .♥ 

then ada masa tu kelas kitaorang masuk marhaban , ohh itu memang
moment yang paling aku suka ! lagi2 masa kitaorang buat latihan
kelas lain semua buat betul2 , kitaorang pulak buat latihan 
sambil duduk , baring semua haha :D last2 menang jugak akhirnyaa! ♥ 

then kitaorang ada buat persembahan lakonan , kitaorang bawak
cerita "Tentang Bulan" okay masa tu kelakar gila haahha :D
Akim jadi perempuan mwahahah , lepas dah habis berlakon
kitaorang nyanyi lagu tentang bulan ♥ 


Fazril Farhan ♥ 

rindu nak dengar lawak fazril !


Mardhiah ♥ 

awak makin cantik , rindu nak dengar
awk menyanyi hikhok~

Fareez Jalil ♥ 

kawan aku dari Darjah 2 kot =.='
ehe suka main batu seremban dulu mwhaha


Mardhiah dulu dia famous takk hehe , dia yang paling
cantik sekali dekat kelas tu , and yang paling lambat
sekali birthday dia mwihihi , kadang2 orang panggil
baby ~ hehe ♥ 

Fazril ehem sukaa sangat buat lawakk dekat kelas
haha kalau dia tak ada masa tu memang boring kelas kitaorang ♥ 

Fareez wahh dia dulu suka main batu seremban dengan aku
and miyrul Aizam , mwahaha hari tu pun aku ada terjumpa dia
wah wah wah makin tinggi ye kauu ~ hahah ♥ 

sory pada budak 6 Amanah yang lain
kalau aku tak letak gambar korang -.-'
actually ada yang sama sekolah dengan aku
soo tak mao rindu kat yang sama sekolah haha xD



sory amik gambar tanpa kebenaran :P peacee yaw!



  • Afiq Azim
  • Amin
  • Asmira
  • Amiratul
  • Shafiqah
  • Afiqah shahri
  • Afiqah rosman
  • Farez Jalil
  • Acap
  • Dina Azime
  • Mardhiah
  • Syafiqrul
  • Akim
  • Pak Din
  • Aiman
  • Bella
  • Haziq
  • Farhad
  • Rakinah
  • Izzuan
  • Najihah Nisaq
ehe tu je nama yang aku ingat =.=' sorry 
kita ni pelupaa ! peace (Y)

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Kenangan 6 Amanah ♥

_i0djk1yvxal_large

Hari tu aku ada baca diari aku masa darjah 6 dulu .
oh my .. serius aku menangis baca segala memori yang tercatat
kat diari aku tu ..

aku rindu kawan aku .. aku rindu nak bersama seperti dulu ,
aku rindu nak bergosip dengan diorang seperti dulu ..
aku rindu segala galanya pasal diorang ..

aku ingat lagi waktu aku dengan addina selongkar beg acap sebab
nak cari *stepler* #xtaw eja betul ke tak#  dina . ehe ingat lagi , kitaorang
cakap dekat cikgu kitaorang nak pergi tandas, masa tu semua dekat library
soo kitaorang senyap2 pergi kelas and selongkar beg acap mwihihi i miss that
moment 

aku ingat lagi waktu kitaorang pergi rumah dina , then aku dengan shafiqah
pergi rumah afiqah nak ajak dia pergi rumah dina, aku naik basikal dina 
tak silap aku hehe. then lepas dah ajak tu , aku dengan shafiqah on the way
nak balik , lepastu tiba2 ada budak kecik yang tak reti2 nak berganjak kat
depan kitaorang, dah lah masa tu kitaorang bawa laju , sia2 je kitaorang bertembung
sebab nak mengelak dari langgar budak tu .hahah yang tak boleh blah nya budak tu
boleh tengok je dari tapi . grr aku ingat lagi muka kau budak =.=' 


ehe dengan afiqah , aku dengan dia sama .. selalu sangat kena selsema >.<
mwihihi dia kalau menyanyi memang suara ala2 rock gitu heee selalu
gosip2 dengan dia. dia dengan kita dulu minat dengan budak yang sama
ehem ehem hee but itu ceritaa lama kan :)

acap , okey at first aku tak nak cerita pasal dia, tapi apa boleh buat
dia tetap kawan aku walau apa pun terjadi haihh :) . budak ni aku 
pernah suka dia dulu . err . ingat lagi waktu aku bergaduh dengan dia
masa periksa pula aku kena duduk belakang dia . oh my masa tu 
aku memang fedup gilaa -.- ohh ya dia dengan Aiman pernah curi
Diari aku taw ! grr masa tu aku bingit gilaa -,- 

Aiman , hee dia ni memang seorang kawan yang pakar mathematics
aku betul2 admire dia sebab dia terlampau genius -.- aku ingat lagi
masa mathematics, bila cikgu nak tanya soalan dia lah orang pertama
yang menjawab , dah lah orang pertama yang jawab lepastu laju pulak tu
jawapan dia. kitaorang semua tinggal tercengang jelah -.-' . ada masa tu 
cikgu suruh dia diam , jangan bagitahu jawapan . and aku masa tu duduk
sebelah dia sebab dina suruh . then masa cikgu tanya soalan , aiman
jadikan aku mangsa dia -.- dia bagitahu aku macam mana pastu suruh 
aku cakap cepat2 perghh masa tu memang kelam kabut gila aku . dahlah aku
tak paham dia suruh aku cakap apa --' ni dia suruh aku cakap kuat2 kat cikgu
sia2 je aku bergaduh dengan dia masa tu hahahha :D

aku sebenarnya tak sangka aku boleh ingat segala kenangan kita bersama
sebab secara jujur nya aku ni memang pelupa orang nya . tapi kenangan yang
masih segar di fikiran aku ialah kenangan aku bersama mereka ♥ 

Dina Azime

kita gembira tengok awak gembira dengan
rakan baru sekarang  

Shafiqah
 aku rindu nak naik basikal dengan kau
hihi  

Afiqah shahri

still comel seperti dulu !  

Nur Amirul Asyraf

no komen untuk kau -.-

Zul Aiman

aku dengar kau dah tinggi :P mwihihi

harap korang tak lupakan aku :')

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Lawatan Paintball and Kraftangan ♥

hallo2 testing2 one two three testiiiiiiiiiiinnnnnnnngg =P
ehek hari ni aku excited terlebih pasaal aku pi lawatan tadi
hah cer teka aku pi maanoo ?? cehh dah terang lagi bersuluh -,-
dekat tajuuk tu kan dahh adooo :P

kitaorang bertolak dari sekolah pi pusat kraftangan kat Larkin #rasanya -.-
pakai 2 bas. ehem satu bas kokak and satu lagi bas aircond . and seharusnya
perempuan dapat bas aircond ehem :D haha masa on the way nak pi tempat tu
kesesakkan lalu lintas berlaku dekat2 dengan jalan datok onn pasal ape ntah aku
pun tak tahu sebab akuu seboook amik gambar :D

then bila dah jem tu aku pun apalagy membuta laa hihik =P pantang betul
aku bila kena aircond ni . then sampai kat sana , kakak2 yang cun
tu bagi taklimat apa ntah aku tak dengar . then kitaorang group A
pi buat Batik dulu , group B pula pi main Paintball. oh yaa aku tak habis2 kena
'nganjing' dengan Ariff afham and Luqman -.- menyaampaahh!

then kat sana dia aja cara nak kalerkan batik tu semua. aku pulak sibuk
bergambar :D then bila dia dah suruh canting batik tu.. aku apa lagi
gunakan lah kreaatiiviitiii akuuu yang suuupeer lemaah ni hahah xD
hancur aku punya batik =P

then blablabla pi ronda2 semua tu . and tunggu masa untukk main paintball.
masa tengah tunggu tu aku tak habis2 kena loyaaa buruuk dengan cikgu faidz
geraamm akuu =.='  adaa ke dia panggil aku nenek ? haiihh saboo jelaa
dah lah ada banyak nyamook kat situ >.< sodaaap je nyamuk tu menghisap
darah2 anak2 dara kat situu =P

then cikgu cakap lepas makan baru main paintball baru ada tenaga hihik
then blablabla makan semua tu . kitaorang bersedia untuk mainn paintball
kumpulan aku yang first sekali ehem ehem :3 at first aku excited gilaa nak
pegang "pistol" tu hahah xD then bila dah dapat oohh makk aiii , beratt gilaa -.-'

then kena lalu kat hutan2 yang supeerbb semaaak -.- ecehh dah kata hutan kan?
tak kan nak putih berseri bagaikan toilet x gitu ? then nak masook dalam tu
kena panjat bagai -.- menyampah aku dah lah aku takut tinggi -.-

then sampai kat tempat tu .. orang tu ajar2 cara nak shoot semua tu .
then bila dia dah suruh shoot , aku pun semangat lah tekan benda alah tu
tapi tak boleh2 hampehh =.=' orang lain da lama start aku terkial kial
cari butang nak unlock #cambangang
then aku lah orang yang paling last sekali habis menembak mwahahah xD
lepas tu kumpulan2 yang lain pula yang cuba . memaang syioook masa tu :)

then aktiviti bebaass , kitaorang lepak2 dekat tempat buat alatan muzik
memang besst kat situ hahah pakcik2 tu kuat gilaa loyaa buruk diorang tu !
and mangsaanya aku ! hahah ! tak pasal2 aku boleh ter rapat pulaa dengan diorang
semua , ni semua afiqah punyaa pasal hikhik =P tapi untung kitaorang dapat discount
masa nak beli keychain tu hihik!
then blablabla akhirnyaa balikk jugaak! wahh seroonook bhaai =P

ehem ehem ni ada sedikit gambar yang aku curi dari fb kawan aku haha xD
maaf handfon ku tak ada usb ! :D soo sabaar lahh yee nnty aku masookkan bila
dah ada.







ok boooiii =P

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

GADUH menjadi CINTA ♥

Sweetie's little world

EHEM EHEM ♥ 
ini kisah benar taw ! ehe :) 

masa darjah 6, ada seorang budak lelaki ni memang nakal yang amat
menyampahh gilaa aku dengan dia tu . suka mengacau tak henti2 ,
but aku still lagi rapat dengan dia. al maklumlah sama kelas =.=

dia dengan aku pun selalu messages2 , but dalam messages still jugak 
gaduh . aku masih lagi ingat .. masa tu aku dengan kawan2 aku kejar
dia sebab apa ntah .. then masa tu dia lari kat tepi tingkap , aku pun
baru je nak tangkap dia, zaaasss lengan baju dia terkoyak !
hahahha xD 

aku dengan kawan2 aku yang lain semua ketawa sampai tak cukup
nafas kitaorang, tapi aku ada rasa bersalah juga lah masa tu haha
yelahh disebabkan aku baju dia koyakk :D

macam2 perkara berlaku antara kitaorang but kitaorg tetap lagi berbaik
semula.. and lama kelamaan, hubungan kitaorang macam brother and sister
ohh memang kelakar masa tu :) aku sendiri tak expect yang aku boleh
berbaik dengan dia.. walhal selama ni asyik2 gaduh dengan dia .

bermula dengan sebagai musuh , kemudian sebagai adik beradik dan
at last .. sebagai kekasih :) aku pun tak faham kenapa aku boleh
suka dia. kalau tengok kat diari aku yang lama, memang banyak
kisah dia and most of it, cerita pasal aku benci sangat dekat dia
memang penuh lah nama dia dekat diari aku and jarang ada love2 kat
nama dia. haha semua disematkan dengan kebencian .
aku kapel dengan dia berapa bulan ntah -.- aku lupaa haha teruk betul

then aku TERpaksa putus dengan agak sedih juga lah masa tu ..
masa tu dia minta penjelasan tapi aku tak berani bagitahu sebab dia
ehem ehem bukan sebab aku ada orang lain okay, lagipun masa tu
aku masih lagi sukakan dia. cuma keadaan yang memaksa aku untuk
putus dengan dia 

Tumblr_lsibas3ynm1r3my76o1_500_large

anyway sekarang aku dengan dia dah jadi musuh
balik puiiih -.- aku pun dah naik menyampah dengan dia!
dari SEKOLAH RENDAH sampai SEKOLAH
MENENGAH dia tak henti2 menyakitkan hati aku

#untung tak sama sekolah ! huh ! >.<


benci kau sampai bila2 ! 




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Ragam kami semua :)

kelas 3 Dinamik 3 memang riuh , mana tak nya semua orang
ada ragam diorang sendiri termasuk lah aku hehe .
hari ni aku nak cerita pasal kami semua :)

kita mulakan ya . hehe . 
azfa, pakdin dan fazly tiga orang kawan yang
suka buat masalah haha :)

ameer pula., bila menguap tak pernah nak tutup mulut
dia tu aha , rahman  haihh taiko tak datang sekolah banyak
hari pasal selalu sakit. kesiann , 

syed dan firdaus pula tak habis2 dengan Bboy diorang tu
ingat lagi hari tu syed tengah menari2 mcm hapentah kat
belakang kelas then aku lalu kat blakang dia tak pasal2 
aku terjatuh sebab terlanggar kaki dia yang panjang tu . -.-

you nian dan yo jian pula kawan yang agak blur2 sikit
selalu kena marah dengan aku sebab suka sangat cakap2
masa belajar =.= . wei shen pula sikit2 dengan cermin dia
tu , tahu lah muka comel aha =D

zhong li pula bakal jadi doktor pasal addict sangat pada biologi 
baru form 3 tapi dia baca pasal form 5 punya. dasyat tak -.-
gao han dan hui qin memang expert dalam math . pernah
dapat markah 100% . fuhhh . 

yi liang dan mei teng  sentiasa berpandangan antara satu
sama lain :) ohh sweet aha. zuan fu dan chuang wei sahabat
yang selalu buat bising -.- .

dhurga dan omar sentiasa berlawan untuk dapatkan
markah yang baik . fareez redza heh lelaki pertama yang
aku tengok rajin semacam je -.- . 

yuhana selalu orang pertama yang keluar dari kelas nak balik
pasal nak tengok cerita korea aha. afiqah pula memang kechoh
orangnya . fatin memang gila2 orangnya, jaja pula kechik molek 
orangnya tapi tinggi suaranya bila marah oho .

see ming alahaaii comel je badannyaa :) like a baby ehe .
berkawan pula dengan catherine  seorang yang sangat
perianng :)

shu zen and jia yi aku selalu confuse antara diorang ni
selalu je tersalah panggil nama pasal muka diorang nak
seiras woohh .joanna, wannisa and foo ker nee
tiga orang sahabat baik eheh 1 malaysia weyhh aha.

albert and zi sin baik budakk nya tapi suka kacau orang 
aha . srikanth pandai berbahasa cina walaupun dia tu india
(rasanya) . how seng budak berbangsa cina yang baik hati
ehe :) . dollah (bukan nama sebenar)  pula memang orang paling
blur sekali kat kelas. ada ke hari tu dia dengan selambenya panggil
orang lain dengan nama dia sendiri . memang teruk dia kena ketawakan
haaha  =D

dan aku dalila memang suka buka kasut time belajar and budak
yang suka berangan time belajar haihh =D apoo nak jadi lahh ni
haahah . 

walaapapon aku tetap happy duduk dalam kelas tu
walaupun kadang2 stress sebab nak kena lawan dengan budak
yang pandai2 uhu .

begitulah kisah dongeng kami semua aha dongeng ke ? :) 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Salah ke Kalau COPY ?

12621838462224_large
aku bosan so aku buat entry melalut :p

heyho!
sekarang kann .. kita nak cerita pasal copycat atau copydog
atau copypig atau apa2 lahh yang korang gelarkan -.-'
heheh sawan apa aku hari ni tiba2 nak cerita pasal ni ?
hee saja je =p

okay2 aku nak tanya lah.. korang semua ni marah
tak kalau ada orang tiru gaya korang berpakaian ke,
tiru blog korang ke apa ke  ? marahh takk ?
haruslahh marahh !  apa lah kau ni dalila -.-

hehe okay2 kalau aku lah kan .. aku tak akan marah
tapi aku akan suka =B sebab ada juga manusia yang 
suka dengan gaya or cara kita ni =) hahaha

tapi kalau pasal blog tu.. aku rasa tak payah lah nak
marah2 kalau dia copy ayat korang ke... copy entry
or cara tulisan korang ke apa ke kan ? perlu ke nak
marah ? rasanya tak perlu kot.. 

sebab beribu ribu lagi lah manusia yang buat sama
dengan kita ni.. cuma kita je yang tak tahu.. ntah2
entry aku yang pasal copy ni pon dah ada orang
yang tulis ? kita tak tahu kan ??

kita jangan lah anggap semua tu hanya milik
kita sorang je.. lagipun rasanya tak salah pun kan
diorang nak tiru sikit2 cara korang tu ? tu bermakna
korang tu dah jadi idol bagi diorang.. korang tak suka
ke ? suka ? thenn kenapa perlu marah2 :)

oh yaa.. mesti ada yang tertanya.. kalau yang copy gambar
macam mana ? xkan nak diam je ?  haihh janganlah diam
je.. kalau dah sampai orang tu copy gambar korang.. korang
jangan lah tak marah pula.. kena lah marah .. sebab kalau
diorang salah gunakan gambar korang tu macam mana ?
bahaya kan ? 

aku tulis entry ni hanya untuk bagi pandangan je :)
tak ada apa2 maksud tersirat pun.. aku hanya manusia
biasa yang mempunyai pelbagai pandagan untuk dikongsi 
lepas korang baca entry aku ni and korang rasa apa yang aku
cakap ni tak betul .. janganlah marah.. okey ? :) 

sharing is caring :) jangan fikir semua benda yang kita buat
hanya untuk kita seorang sahaja . 





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

best sangat ke ??


okay2 hallu semua ;p 
aku lupa nak cerita kat korang semua ^^ semalam aku 
and family aku pergi seremban sebab nak hantar kakaq aku pergi kolej
then lepas dah hantar , waktu tengah dekat highway tu aku tengok lah 
kereta2 yang tengah lalu kat sebelah kereta bapak aku tu =.= then tengah2 tengok2 tu 
aku nampak kereta kancil,and orang yang pandu nya tu muka nak dekat sama dengan ben ashaari haha aku tengok orang tu tengah memandu sambil MAIN MESEJ =.= . tapi aku masih 
terkejut lagi tengokk orang tu memang hampir sama dengan muka ben ashaari ,haha aku tak tipu taw ! kalau aku tahu aku amik gamba orang tu >.< hohoo  
p/s : aku cakap hampir sama je.. tak kata pun tu BEN ASHAARI :) harap maklum

okey2 berbalik pada tajuk diatas huhu actually aku nak tanya best ke merokok ni ? 
berbaloi ke kalau kita merokok ni ? apa yang best nya merokok? setakat kita sedut,hembus,sedut,hembus =.= apa kes ? 

lagi satu, kalau nak merokok tu , merokok la sorang2 jangan lah kau pergi hembus asap tu kat orang ramai -.- sia2 kitaorng yang tak merokok ni pun kena sekali .. 2 dalam 1 lah katakan... 
aku rasa merokok ni menyusahkan je =.= sebab orang yang merokok akan mendapat penyakit , orang yang tak merokok pon boleh dapat penyakit sebab dah kena asap rokok korang tu =.= haihh bawak2 lah bertaubat , kerajaan sendri dah larang kita hisap rokok kan ? 

and banyak yang cakap "hisap rokok nampak cool,hisap rokok nampak macho and blablabla"
and aku rasa lah kan ORANG YANG TAK HISAP ROKOK TU LAGI SMARD DARI ORANG YANG HISAP ROKOK :)  harap maklum yaa :) 

maaf kalau ada ayat yang kurang senang di entry ini :))


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

asleenda 2nd giveaway


nak tag pada :) 

done :)


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

contest blog saya smart


ohoiii nak join :) and ditag oleh sis azizah yg comel! <3
dianjurkan olehh puteri qistina wahh pandai2 je aku ubah nama haha :)

nak join contest ni sebab ... saya DITAG hahaah ^^ and suka2 walaupun tahu aku xkan menang wahahah 
sebab saya memang unlucky~~ lalalalalala haha

nak tag pada 

done :)



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

segmen : saya sayang ibu



SYARAT - SYARAT :

1. follow blog ni dgn seikhlas hati bg yg belum follow
2. wat entry tajuk : 'SEGMEN : SAYA SAYANG IBU'
3. letak banner "saya sayang ibu" dan link kan skali ke blog ni
4. ceritakan kenangan manis anda bersama ibu, ucapan sempena hari ibu
dan hadiah yg mungkin anda akan bagi.
*kalau nak letak gambar ibu pun boleh*
5. tag la sekurang2 nya seorang kawan anda.
6. letakkan link entry anda di bahagian komen.

*copy and paste ;p



kenangan manis :))
well kalau bab2 kenangan manis ni memang payah aku nak cerita sebab aku ni ..=.= cepat lupa
haiyooo..tapi bagi aku setiap masa aku bersama dengan ibu aku ..tu lah kenangan manis bagi aku ..
ibu aku hanya satu .. dan tiada lagi pengganti dia.. kalau dia tak ada siapa yang aku nak 
berkasih sayang  ? aku paling suka bila ibu aku masak makanan kegemaran aku , AYAM MERAH yumm yummm! memang sedap lah!! mak aku dah lah terer dalam bab2 makanan pedas2 ni

aku dari kecil lagi makan pedas hahaha ^^
tak kira lah pedas mana pon,, aku tetap rasa biasa je
tak macam kakak aku..dia tu lidah cina sikit.. makan pedas sikit dah minum air banyak2 hahah *sorry kutuk ;p perangai aku dengan mak aku memang sama ! dua2 jenis riuh bila bercakap haha! ^^

hadiah yang aku nak bagi kat mak aku ..
hurmm.. aku rasa kasih sayang untuk mak aku saja lah yang aku boleh bagi
dan hadiah tu yang akan berkekalan sampai bila2 kan ??

ingat SYURGA DITELAPAK KAKI IBU :))

nak tag pada 



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

apa kata parent ? jom komen ! :)


pernah tak korang semua kantoi dengan parent korang
kantoi bukan sebab apa,.. tapi sebab couple?

pernah x pernah x pernah x ??
kalau pernah macam mana reaksi parent korang?
apa yang diorang cakap ?
korang buat ape bila diorang membebel kat korang??

cer cite cer cite ! hahaha excited betul aku nak tahu cerita korang ni!!
jom lah! :))


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

betul ke tak ?


korang nak tahu lah..korang pernah
tak dengar orang2 cakap .. 
bila ada benda putih kat kuku kita tu tanda nya 
ada orang suka kita??

ohoi! betul ke? =.=?
rasa2 nya tak betul tu hahha
tapi bila orang cakap macam tu 
aku iyakan aje laa ;p

but seriuss betul ke ???

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

kursus kepimpinan ^^


hahahah tadi bestt gila ! :D
seronokk gila pergi kursus kepimpinan ^^
first aku ingat kan kalau kursus2 ni mesti kena dengar ceramah sepanjang masa. =.=
rupa2 nya tak ! hahhaha cikgu ada buat explorez,menari,and macam2 lah !
memang enjoy gila !!


main straw!!
ni permainan paling senang sekali !! tapi kitaorang kalah juga =.=
ni sebab orang depan lambat sangat masa orang lain dah start kitaorg terlambat sikit huhu tapi yang tak puas hati nya dengan mamat sorang tu =.= ada je perkara yang boleh buat an kitaorg bertengkar -.- x paham betol la! haihhh

chicken dance
chooiii ini sesi saya manyakk menci lorh hahah! 
malu gila ~~ semua orang tengok masa tu =.= 
tapi yang sure aku enjoy !! ^^

ceramah
haihhh part ni sebenarnya malas nak tulis...tapi rasa macam kurang plak nnti kan?
hahhaha ^^ masa tengah ceramah ni for the first time aku dapat konsertrate <-- betul ke eja?

sesi perjumpaan koko
aku pergi dekat pembimbing rakan sebaya
best laa juga dapat dengar masalh2 orang semua :)
tapi aku je yang tak tanya apa2 haihh =.= ni sebab aku ni pemalu SIKIT *sikit je haha

explorez

stesen 1
* kena jawap teka teki =.=
choii aku dah la lemah teka teki 

stesen 2
*kena makan apple dengan tangan yang terikat 
nasib baik aku tak volunter mse tu hhaha

stesen 3
 *kena lempar belon pada kawan yang lain :)
x sempat sampai kat aku dah pecah semua haha^^

stesen 4
*kena sepak bola kechik masuk kat satu lubang haha
perempuan SHAJA .. and dapat gol kan satu je =.=.sampai kat aku
je terlanggar dinding manilakad tu hahha

stesen 5
*kena susun semua benda yang kita ada,tudung ke,bju ke,kasut ke,stockin ke,semua la! kena bukak and susun panjang2 =.= hahaha aku hanya derma kan 
kasut aku yang buruk tu dengan topi je ;p

stesen 6
* kena cakap kakakukatakukukakikirikukaku laju2 choii~~ senang gila hahha!
semua ahli kena buat ;p tapi yang tak boleh blah nye
ada budak tu menganjing aku masa aku cakap bnde tu..last2
sampai kat dia.. =.= hamikk kau sampai 2-4 kali ulang hahah. then kena jalan itik and merangkak sampai dekat stesen 7

stesen 7
*stesen paling aku trauma !! kena petik bunga untuk cikgu tu okey lagi
ni kena makan buah-buahan yang dicampur dengan mayonis and sos cili
perhhhH!! tengokk je nak termuntahh =.= tapi kena tahan huuhuh T_T memang aku 
terseksa gila masa tu hahhaha ! lepas dah habis makan kena menyanyi lagu apa ntah =.= smpai kat stesen 8


stesen 8
*kena buat satu bulatan then ..cikgu pilih salah seorang dari kitaorang semua..
then orang tu kena ikat mata dengan kain.. then cikgu bawak pergi jauh2.
and then kitaorang kena bagi arahan pada budak tu untuk jalan sendri ke tempat dia
orang cakap kanan dia pergi kiri =.=?

stesen 9
kena ikat tali kat kaki then kena jalan sama2 satu round -.- 
yang terlibat 
*aku <-- =.=
*kakak nabila 
* kakak ainun kot nme dye =.=? <-- pelupa
kitaorang satu team 

*bella
*budak petang xtw nme
* sama ayt mcm kat atas ni haha 
dyorang satu team

*faizz <-- >:(
*aku x igt :)
*aku x igt :)
dyorang satu team 

team aku cepat je jalan haha pasal kiteorang langkah besar2 ^^
tapi seram juga =.= takut jatuh

stesen 10

*kena buat uniform kat badam slah satu ahli kteorang pakai 
surat khabar ^^ 


hahahha then dahh habiss !! memang bestt gila masa tu >.< hahahah!!
itulahh kenangan paling MANISS sekali aku kat sekolaaah !!! yeaayyy!!




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

10 cara tampil cute !


*kulit bersinar
 tak kira laa kulit anda jenis  sawo matang,kuning langsat,putih atau hitam manis 
tapi yang penting kulit anda tu terawat dan bersih,baik wajah atau tubuh badan.
pastikan wajah dibersihkan setiap hari dan jangan lupa gunakan pelembap 
untuk tubuh pula,rajin2 sapukan lulur atau body scrup dan jaga kelembapan kulit
dengan body  lotion atau body butter.
cuba: sapukan baby oil pada kulit tubuh

* rambut indah
rajinkan diri untuk membuat rawatan rambut seperti creambath
atau hair spa di rumah atau di salun.jangan biarkan rambut berminyak
dan kusam.apatah lagi berkelemumur! cuba: ikat rambut panjang you all tu
tinggi2 ke belakang,leher jinjang yang terlihat confirm menarik mata memandang!

* bibir merekah
walaupun bibir tebal seperti angelina jolie nampak seksi tetapi tu tak
bermakna bagi you all yang mempunyai bibir nipis tidak menarik .janji untuk
kelihatan comel pastikan bibir tidak kering dan sentiasa glossy !
cuba: sapukan lipstick merah untuk acara makan malam 

*mata memukau
mata juga antara bahagian yang paling penting yang ada pada diri kita.
jangan tinggalkan rumah tanpa mascara atau eyeliner pada mata.sekurang
kurang nya biarlah mata tu kelihatan hidup dan bersinar
cuba: pakai bulu mata palsu.confirm kelihatan makin seksi dan cute !!

*pinggul
daerah yang menjadi identiti kepada seseorang dan juga menjadi titik fokus
pada mata yang memandang .but kalau tersalah memilih seluar aset yang satu ni
boleh hilang fungsi nya.sempurnakan bentuk pinggul dengan pakaian dan seluar
yang bersesuaian !

cuba: pakai top yang labuh higga menutupi bahagian pinggul bagi yang memiliki
pinggul besar. sementara yang memiliki pinggul kecil boleh memilih top paras
pinggang

*alis mata
pastikan kening mata anda sentiasa rapi,jika alis mata itu terlalu nipis
gunakan sahaja pensel mata untuk membentuk kening.
cuba: gunakan sahaja mascara separuh kering dan sapukan pada kening

* bentuk tubuh ideal
hasilnya tidak boleh dimiliki dalam masa yang singkat .mesti bersabar dan
mempunyai disiplin yang tinggi tetapi hasil nya bagus untuk kesihatan dan
membentuk tubuh yang cantik!
cuba: sit up 100 kali sehari,perut makin ramping dan paster tubuh ketika
jalan semakin baik

* perfume menggoda
pilih perfume yang bersesuaian dengan character peribadi you all tetapi
jangan lah  memilih perfume yang baunya begitu menyengat.sakit hidung orang yang
mencium nya nanti 
cuba: semburkan perfume yang beraroma agak tajam atau sedikit menggoda untuk
malam atau acara berpesta.

* kaki seksi
perkara yang paling cepat untuk you all transformasidiri
nak jadi tinggi ? bukannya susah.sarungkan jer high heels.kan mudah?
cuba: pilih high heels dengan tali yang nipis atau pun jenis gladiator! mesti memukau !

hee comel ! :*


sumber dari majalah yezz !
anda harus beli 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi